27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Sabah, Kelantan terus catat kadar kemiskinan tertinggi

“Kadar kemiskinan di Sabah adalah 19.5 peratus pada tahun ini, manakala Kelantan di tempat kedua dengan kadar 12.4 peratus.”, …Mustapa Mohamed

Sabah terus mencatatkan kadar kemiskinan tertinggi di negara ini meskipun menunjukkan sedikit penurunan berbanding empat tahun lalu.

Kadar kemiskinan di negeri itu adalah 19.5 peratus pada tahun ini, menurun daripada 23.9 peratus pada tahun 2016.

Ini bermaksud seramai 760,000 orang daripada 3.9 juta penduduk Sabah hidup dalam kemiskinan.

Di tempat kedua adalah Kelantan dengan kadar kemiskinan 12.4 peratus, yang menunjukkan lebih 230,000 orang di negeri ini hidup dalam kemiskinan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ekonomi Mustapa Mohamed memberikan statistik ini dalam jawapan bertulis di parlimen pada 2 Dis bagi menjawab soalan Chan Ming Kai (PKR- Alor Setar).

Angka yang dikeluarkan juga menunjukkan kadar kemiskinan semakin tinggi di Selangor dan Melaka berbanding empat tahun lalu.

Sementara itu, di negeri lain, kadar kemiskinan semakin meningkat dengan yang paling ketara adalah di Labuan, Pahang, Johor dan Perlis.

Kuala Lumpur mencatatkan kadar kemiskinan terendah di seluruh negara pada kadar 0.2 peratus.

Berdasarkan kategori kaum, Mustapa berkata kadar kemiskinan meningkat di kalangan Bumiputera, Cina dan India.

Pada Julai lalu, kerajaan menyemak kaedah untuk mengukur kemiskinan bagi pertama kalinya dalam tempoh 15 tahun dengan menetapkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) pada RM2,208 sebulan bagi setiap isi rumah.

Ini menjadikan kadar kemiskinan seluruh negara pada 2019 adalah pada 5.6 peratus.

Berdasarkan kaedah sebelumnya, PGK ditetapkan pada RM980 sebulan bagi setiap isi rumah dengan kadar kemiskinan di seluruh negara pada 2016 adalah pada 0.4 peratus.

Dalam jawapannya, Mustapa memberitahu kerajaan tidak mengklasifikasikan kelahiran di bawah kategori pendapatan isi rumah, sebaliknya memberikan pecahan kaum mengikut negeri. 

Selangor mencatatkan kelahiran terbanyak pada tahun 2019 diikuti Johor dan Sabah.

Jumlah kelahiran terendah tahun lalu dicatatkan di Labuan, Putrajaya dan Perlis. 

Sumber: MalaysiaKini.





ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN