30 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Sabah Credit Corporation bantu bina asrama desa sekolah di Matunggong

Julita (tengah ) ketika melawat asrama desa SK Lotong di daerah kecil Matunggong, Kudat.

KUDAT, 4 Februari 2021: Asrama desa di dua buah sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Matunggong kini telah siap dibina sepenuhnya hasil sumbangan Sabah Credit Corporation (SCC).

Asrama tersebut membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Pinawantai dan SK Lotong dibawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat kredit itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong, Datuk Julita Majungki berkata, kerjasama seperti itu amat dialu-alukan dalam membantu pelajar di luar bandar mendapat kemudahan yang sesuai untuk belajar.

“Saya berterima kasih kepada Sabah Credit Corporation atas sumbangan membina asrama desa bagi dua sekolah yang mana masing-masing boleh menempatkan 60 murid sekolah.

“Saya mengalu-alukan lebih banyak bantuan atau sumbangan seumpama ini bagi rakyat DUN Matunggong,” katanya.

Julita yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, sebelum itu melakukan lawatan ke asrama desa sekolah berkenaan.

Kata beliau, “dengan terbinanya asrama desa untuk dua buah sekolah itu, kini daerah kecil Matunggong sudah mempunyai tiga asrama desa”.

“Asrama desa pertama dibina oleh Yayasan SP Setia yang terletak di SK Matunggong,” jelas Julita.

Dalam pada itu, Julita juga telah meluluskan permohonan bantuan kepada Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) bagi kedua-dua sekolah yang menempatkan asrama desa itu.

Bantuan yang di luluskan olehnya adalah seperti tilam, bantal, meja, kerusi dan kelengkapan lain.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN