31 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 28, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

RUMAH TERBUKA AIFILFITRI AHLI PARLIMEN RANAU 21 ARPIL

Jawatankuasa Biro Hal Ehwal Islam Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau merakam gambar bersama Hussen (duduk tiga kanan) selepas mesyuarat.

RANAU: Biro Hal Ehwal Islam pejabat Khidmat Rakyat Parlimen P.179 Ranau, akan menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri  tahun ini di Dewan Mini  Kg.Lohan 1 pada 21 April bermula jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang.

Keputusan itu telah dicapai dalam satu mesyuarat  Pembentukan Jawatankuasa Pelaksana bersama  Jawtankuasa Kelab Harapan pejabat Parlimen Ranau di Bilik Mesyuarat P.179 Ranau pada Khamis.

Antara pengisian  sepanjang majlis itu kelak ialah, jamuan selain diserikan dengan persembahan lagu-lagu nasyid daripada kumpulan nasyid jemputan dan persembahan lagu-lagu hari raya.

Sempena majlis itu, juga telah dirancang akan menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf (warga emas) yang dikenalpasti lebih awal.

Pengerusi Jawatankuasa Biro Agama Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, Hussen  Haji Jirat ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut, mengharapkan kepada Jawatankuasanya agar bekerjasama mempastikan acara majlis  berjalan dengan lancar dan teratur.

“Kerjasama semua Jawatankuasa amat penting mempastikan acara berjalan lancar”, jelas Hussen sambil memaklumkan majlis itu dijangka dihadiri Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin dan ramai lagi.

Menurut Hussen, tahun lalu (2023) majlis seumpanya telah diadakan di perkarangan Pentas Budaya Pekan Kundasang dan telah dihadiri lebih ribuan pengunjung.

“Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir ke majlis itu nanti khususnya penduduk sekitar Lohan “, tambah Hussen.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN