ADVERTISEMENTspot_img

Rumah Terbuka Aidilfitri USIA Labuan eratan hubungan ahli dengan pemimpin masyarakat

Mohd Ali (duduk dua dari kanan) ketike meraikan pemimpin tempatan yang hadir pada majlis tersebut

LABUAN: Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri USIA Bahagian Labuan yang julung julung kalinya diadakan mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan ahli ahli  USIA dengan pemimpin setempat di pulau ini.


Ketua USIA Bahagian Labuan, Mohd Ali @ Aliman  Asmaran Datuk Mohammed  Bledram berkata, amalan rumah Terbuka Aidilfitri merupakan amalan yang mampu mengeratkan  ikatan ukhuwah dan perpaduan khususnya dikalangan ahli ahli USIA  peringkat akar umbi dan kepimpinan masyarakat setempat.


“Selain itu ia dapat menyemarakkan semangat muhibah disamping berpeluang untuk berinteraksi secara langsung dalam suasana santai dan mesra” katanya ketika ditemui selepas meraikan  beberapa pemimpin tempatan yang hadir pada majlis tersebut.


Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri USIA Bahagian Labuan yang diadakan di Dewan USIA, di sini dianjurkan bersama Wanita USIA Bahagian Labuan dengan USIA Bahagian Labuan.


Dianggarkan lebih 100 ahli ahli USIA Bahagian bersama ahli keluarga hadir pada majlis tersebut.


Hadir sama, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek, Pengerusi Dewan Usahawan  Malaysia Labuan (DUML), Datuk Seri Mohd Alias Abdul Rahman, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Datuk Bashir Alias, Naib Ketua UMNO Bahagian, Datuk Khalid Abd. Ghani. Pengerusi Dewan Perniagaan Islam Malaysia Labuan (DPIM), Datuk Wira Dr Ramli Tahir Dan Pengerusi Persatuan Wanita Labuan, Hajah Niswati Tarji.




ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN