29.1 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Rumah terbuka Aidilfitri keluarga Nasimin, kesempatan himpun ahli keluarga.

Rumah terbuka Aidilfitri keluarga Nasimin, kesempatan himpun ahli keluarga

RANAU: Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri keluarga salah seorang kakitangan Syarikat Telekom Ranau, Nasimin Bin Yantangon, berlangsung sederhana namun meriah.

Majlis yang diadakan di perkarangan rumah kediamannya di Kg.Silou terletak kira-kira 2 kilometer dari pekan Ranau, amat bermakna kerana berjaya menghimpunkan saudara maranya dari dalam  dan luar daerah.

Tinjauan penulis yang turut bertandang ke majlis itu mendapati majlis itu meriah dengan kunjungan orang ramai yang disajikan  beraneka juadah serta diserikan dengan persembahan lagu-lagu raya.

Nasimin ketika ditemui, merakam penghargaan dan terima kasih atas kesudian saudara marany a menghadiri majlis tahunannya itu.

“Saya menyifatkan kehadiran mereka sebagai antara landasan memupuk persaudaraan berkekalan”, jelas Nasimin.

Nasimin dan keluarga turut mengharapkan agar kehadiran saudara maranya akan bertambah ramai pada masa akan datang.

Sementara itu salah seorang ketua keluarga penunjung dari Semenanjung, Hamdy Bin Jainudin berasa bertuah kerana berpeluang menghadiri majlis seumpama itu yang disifatkannya sebagai berjaya mengeratkan ikatan Silaturrahim dikalangan saudara mara yang mungkin terpisah jauh mengikuti keluarga dan tugasan masing-masing.

“Majlis seperti ini amat wajar dikekalkan sebagai wadah memerkukuhkan perpaduan dan persaudaraan yang berkekalan”, jelas Hamdy salah seorang kakitangan awam di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN