32 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Rumah panjang lansaran Murut, satu lagi mercu tanda di Tenom: Rubin

Rubin (duduk tengah) bersama dengan tetamu jemputan menikah jamuan raya.

TENOM: Daerah Tenom akan mempunyai satu lagi mercu tanda iaitu rumah panjang lansaran Murut di Pekan Kemabong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong Datuk Rubin Balang berkata, pembinaan fasa pertama rumah panjang itu telah siap.

Katanya, pembinaan fasa kedua akan menyusul dengan kos RM2 juta yang telah diluluskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa lawatan kerjanya di Daerah Kecil Kemabong pada Disember tahun lalu.

Rubin yang juga Presiden Persatuan Murut Sabah (PMS) berkata, pembinaan fasa kedua kini dalam proses tender melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah (SDO).

“Dengan siapnya nanti rumah panjang ini kita akan mewujudkan galeri-galeri untuk semua suku kaum yang terdapat di negeri ini seperti sub etnik Murut iaitu Tahol, Timugon, Nabai, Paluan, Bookan, Kolor Tangala, Tangara dan pelbagai kaum yang lain
seperti Lundayeh, Dusun, Kadazan, Melayu dan juga kaum Tiong Hwa

Beliau berkata demikian ketika ditemui media sempena majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Parlimen Tenom dan Pejabat ADUN Kemabong di Dewan Sri Panglima Antenom di sini pada Ahad.

Dalam perkembangan yang lain Rubin berkata, sambutan pesta Kalimatan Peringkat Negeri akan diadakan pada bulan Julai depan dengan pelbagai pengisian aktiviti berkaitan kebudayaan suku kaum Murut yang ada di negeri ini.

Katanya, ia dijangka akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

“Pada penghujung bulan Mac lepas Pesta Kalimaran telah dianjurkan diperingkat DUN Melalap tetapi pada ketika umat Islam menjalankan ibadah puasa maka untuk peringkat negeri kita tunda ke bulan Julai” jelas Rubin.

Katanya lagi, penundaan dibuat kerana memberi laluan penganjur Pesta Kaamatan yang dijangka sehingga bulan Jun.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN