25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Rumah Neptune Juara Merentas Desa SMK Taman Perumahan Bedaun 2023

MOHD Nazri (tengah) bersama Yee Choon Hian (dari kiri),  Heidar Hussein, Norazita dan Chai Yee San bergambar bersama juara P18, Javlen Jupirin (lima kanan) dari Rumah Neptune bersama pemenang nombor 1 – 10,

LABUAN: Rumah  Neptune mengungguli Kejohanan Merentas Desa Tahun 2023 Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Perumahan Bedaun (SMKTPB) Kali ke-18, baru-baru ini.

Naib juara disandang Rumah  Zuhal manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi Rumah Marikh  dan Rumah Musytari.

Sementara itu, atlet Rumah Zuhal, Mohd Haikal Ifzan Mat Jaya muncul juara kategori lelaki Bawah 18 tahun selepas mencatat masa larian 44.10 minit.

Manakala juara bagi kategori perempuan dimenangi oleh Javlen Jupirin dari Rumah Neptune dengan masa 44.57 minit.

Dengan catatan masa 38.15 minit membolehkan atlet Rumah Zuhal, Shahrul Adi Putra Shamsul menaiki podium di tempat pertama kategori lelaki bawah 15 tahun.

Siti Rahma Ismail yang mewakili Rumah Neptune memenangi kategori perempuan dengan catatan 42.41 minit.

Seramai 350 peserta yang mewakili empat buah rumah sukan iaitu Musytari, Marikh, Zuhal dan Neptune menyertai kejohanan yang bermula pukul 7 pagi itu.

Pengetua, Norazita Md Nor @ Shamsuri berkata, kejohanan tahun ini berjalan dengan lancar seperti tahun-tahun sebelum ini kerana mendapat bantuan keselamatan daripada anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam.

Katanya, kejohanan pada tahun ini lebih mencabar berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana cuaca panas yang melanda negara kita pada masa sekarang.

“Aktiviti ini penting bagi mencungkil bakat murid SMK Taman Perumahan Bedaun.

“Kita mahu mengekalkan kedudukan sekolah dalam senarai 3 teratas di peringkat negeri, tambahan pula segala aspek keselamatan turut diperketatkan bagi mengelakkan perkara tidak diingini terjadi.”katanya,

Pelepasan peserta disempurnakan oleh Norazita Md Nor, Yang Dipertua PIBG, Heidar Hussein Mohamad Rashid dan Pegawai Angkat sekolah, Mohd Nazri Mustapa. 

Manakala majlis penutupan disempurnakan oleh Pegawai Angkat sekolah, Mohd Nazri Mustapa.

Turut hadir ialah Penolong Kanan Pentadbiran, Chai Yee San, Penolong Kanan HEM, Awang Adi Tuah dan Penolong Kanan Kokurikulum, Yee Choon Hian.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN