30 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Rozman terima kunjungan hormat Pengarah Negeri SKMM Wilayah

MERSA….Rozman (tengah) bersama  Rizal (dua kanan) dan   rombogan SKMM Wilayah Persekutuan bergambar kenangan selepas majlis kujungan hormat  dipejabatnya di Bangunan Parlimen, pada Rabu.

LABUAN: Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Labuan menerima kunjugan hormat  Pengarah Negeri Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), Wilayah Persekutuan, Alyas Roy Haji Amir  di Pejabat Ahli Parlimen Labuan, Bangunan Parlimen Malaysia, pada Rabu.

Pertemuan  selama  40  minit  itu antara lain bertujuan untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan perkembangan industri telekomunikasi khususnya  ketika negara  menghadapi pandemik COVID 19.

Rozman juga  turut berkongsi maklumat mengenai inisiatif   utama SKMM seperti Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi)  membabitkan Wilayah Persekutuan Labuan dan negara secara keseluruhannya.

CENDERAHATI…. Rozman menerima cenderahati daripada Alyas

Rozman berkata, pertemuan selama 40  minit itu  sebahagain daripada   usaha SKMM Pejabat Wilayah Persekutuan untuk menjalinkan kerjasam dan  strategik dengan ahli-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan untuk mendapatkan pandangan  dan input berkaitan isu isu pembangunan telekomunikasi bagi mencapai sasaran 100 peratus liputan di seluruh kawasan berpenduduk di Wilayah Persekutuan merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN