25 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mac 10, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Rozman sumbang dua mesin penyembur nyah kuman COVID 19

Oleh:JD

LABUAN: Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Labuan telah menyumbang dua buah mesin penyembur automatik masing-masing kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan dan Perbadanan Labuan bagi membantu melancarkan proses penyemburan nyah kuman COVID 19 yang sedang giat dijalankan di sekitar Labuan ketika ini.

Mesin penyembur automatik yang bernilai RM650 setiap satu itu telah diserahkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan dalam satu majlis ringkas di kediaman Rozman dekat sini, hari ini.

MESIN…. Dua buah mesin penyembur automatik sumbanga Rozman kepada JBPM Labuan dan Perbadanan Labuan.

Rozman berharap dengan adanya dua mesin penyembur automatik bermotor itu akan dapat membantu mempercepatkan proses penyemburan nyah kuman oleh kedua-dua agensi berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan, Ismaidi Ismail ketika dihubungi berterima kasih kepada Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli yang telah membantu pihak Bomba dan Penyelamat untuk mendapatkan mesin penyembur tambahan bagi kegunaan anggotanya melaksanakan proses penyemburan nyah kuman.

Beliau berkata, mesin penyembur autamatik itu lebih mudah digunakan disamping dapat mempercepatkan dan menyingkatkan proses penyemburan nyah kuman.

“Mesin penyembur automatik bermotor ini bukan sahaja dapat melaksanakan proses sanitasi nyah kuman dengan lebih mudah tetapi juga dapat menyingkatkan masa berbanding dengan mesin yang sedia ada jenis manual” katanya.

Dalam perkembangan lain Ismaidi berkata, Jabatan Bomba yang turut mendapat bantuan daripada Perbadanan Labuan, Jabatan Kesihatan Negeri serta anggota daripada Angkatan Pertahanan Awam (APM) sedang berusaha melaksanakan penyemburan di kawasan sasaran penting yang menjadi tumpuan orang awam seperti pasar awam, pasaraya dan juga kawasan umum yang mempunyai kepadatan penduduk.

“Sehingga hari ini yang memasuki hari keempat proses sanitasi penyemburan nyah kuman sudahpun mencapai lebih 60 peratus yang melibatkan bangunan Pusat Tarnformasi Badar (UTC), tiga buah pasaraya, Lapangan Terbang Labuan, Medan Selera, kawasan Terminal Feri Penumpang Antarabangsa Labuan dan Feri Ro-Ro serta beberapa jalan raya di pusat bandar”katanya.

Proses penyemburan nyah kuman yang dianggotai hampir 60 orang ini akan diteruskan ke beberapa kawasan lain yang berisiko bagi memastikan kawasan berkenaan terhindar daripada jangkitan wabak COVID 19. –TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN