24.9 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Mei 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Rozman serah 100 Kit Makanan ke PKOB

SIMBOLIK…. Rozman (dua kanan) secara simbolik menyerahkan Kit Makanan kepada Japli (dua kiri) mewakili PKOB.

LABUAN: Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Labuan, Datuk Rozman Isli menyerahkan 100 bungkus Kit Makanan kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) yang diadakan di Tanjung Bendera BBQ & Curry House, dekat sini, pagi ini.


Sumbangan berupa barang makanan kering dan makanan harian itu adalah bagi membantu rakyat yang terkesan akibat Pendamik COVID 19 susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 17 Oktober hingga 30 Oktober ini.

KIT MAKANAN sumbangan oleh Pejabat Ahli Parlimen Labuan


Rozman berharap Kit Makanan sumbangan Pejabat Ahli Parlimen itu akan dapat membantu PKOB dalam menyalurkan bakul makanan kepada golongan yang terkesan akibat pelaksanaan PKPB dan juga Perintah Kawalan Pergerakan DiPerketat (PKPD) yang dikenakan di lokaliti Saguking.


Sementara itu Kapten (PA), Japli Siping dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Labuan menerima bantuan tersebut bagi pihak PKOB.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN