Rozaimi Rahman Bakal Sertai Sesi Pemilihan Sabah FC

Rozaimi Rahman Bakal Sertai Sesi Pemilihan Sabah FC

Foto oleh: Makan Bola

Muhammad Rozaimi bin Abdul Rahman bakal menghadiri sesi pemilihan untuk menyertai skuad Sabah FC musim 2022 pada November ini.

Rozaimi Rahman sebelum ini tidak dapat menyembunyikan perasaan rindunya untuk beraksi bersama Sabah FC memandangkan beliau sendiri lahir dan membesar di Sabah.

Anak kelahiran Bongawan, Papar ini sebelum ini beraksi bersama pasukan Sabah selama 5 musim sebelum berpindah ke Johor Darul Ta’zim dan Kedah Darul Aman.

Menurut Rozaimi, beliau tidak kisah samada terpilih atau tidak asalkan diberikan peluang untuk mencuba nasib semasa sesi pemilihan kelak.

“Saya akan jalani sesi pemilihan bersama Sabah FC kelak. Jika tidak terpilih sekalipun tidak mengapa mungkin bukan rezeki saya.”

“Kita cuba dulu, kalau dapat akan bermain bersama Sabah, jika tidak, saya akan ke semenanjung.” Jelas Rozaimi di Facebooknya.

Sementara itu rata-rata penyokong Sabah FC gembira dengan berita ini dan tidak sabar untuk melihat pemain ini kembali beraksi di atas padang.

Sabah FC yang kini dikendalikan oleh Datuk Ong Kim Swee beraksi cemerlang dengan kombinasi pemain muda dan senior dan Rozaimi turut pernah bersama Ong Kim Swee semasa beraksi bersama Harimau Muda.

by: Makan Bola