27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Robert Tawik ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri

Robert…..Jauhi sebarang permusuhan dan ketegangan.

Oleh:Marutin Ansiung

KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam khususnya di kawasan Bingkor.

“Saya dan keluarga mengambil kesempatan pada bulan syawal ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam dimana pun anda berada ketika ini. Seperti mana yang kita tahu, Ramadan adalah bulan keampunan, bulan penyucian jiwa dan Hari Raya Aidilfitri adalah hari kita menyambut kemenangan kembali kita kepada fitrah insan yang suci, bersih dan taat kepada Allah SWT.” katanya.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berharap agar ketika menyambut kemenangan ini, umat Islam perlu berwaspada  dan berusaha mencegah penularan COVID-19.

“Biarlah kita raikan secara sederhana sesuai dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan COVID-19 seperti yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan agar bukan sahaja dapat menjaga keselamatan diri sendiri, tetapi juga kepada keluarga dan masyarakat di sekeliling” jelasnya.

Pada masa Robert menyeru agar umat Islam terus tabah dan bersabar pada masa-masa sukar ini.

Selain itu, beliau juga berharap agar umat Islam sentiasa dapat memelihara keamanan dan keharmonian khususnya negeri ini, jauhi sebarang permusuhan dan ketegangan sesama Islam mahupun dengan masyarakat bukan Islam.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN