Robert (dua dari kiri)semasa jalan Kampung Bunsit.
KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin mengadakan lawatan ke kampung kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN ) Kawasan N40 Bingkor pada Khamis.
Lawatan itu dilakukan bagi mengenalpasti masalah infrastruktur khususnya jalan-jalan raya di kampung-kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.40 Bingkor.
Kampung-kampung yang dilawati adalah Kampung Bunsit,Toboh Laut, Tonobon Baru, Mengitom Atas, Kumuwanan Sawah, Nuntunan, Semangkok, Kampung Baru dan Pogun Ontolob.
Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, lawatan seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi memastikan tiada kampung yang tercicir dari arus pembangunan.
Beliau mengharapkan semoga semua urusan ini dipermudahkan, berjalan lancar dan seterusnya membuahkan hasil demi keselesaan rakyat di kawasan nya.
Turut serta pada lawatan ini ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat N40 Bingkor (PPM) Bingkor, Junior Fred Vincent, Pegawai Pembangunan Masyarakat N40 Bingkor (CDO), Tinus Majip, Pemaju-pemaju Mukim UPPM Bingkor dan kakitangan Pejabat ADUN Bingkor.