Robert (duduk tengah)diapit oleh Marcus (kanan)dan Junior (kiri)merakamkan gambar kenangan bersama staf Jabatan Pertanian Keningau dan UPPM N. 40 Bingkor.
KENINGAU:Jabatan Pertanian Daerah Keningau telah melakukan kunjungan hormat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin bersama UPPM N. 40 Bingkor di Pexoholic Event Space Bandar Baru Keningau.
Kunjungan hormat ini diketuai oleh Penolong Pegawai Pertanian Daerah Keningau Marcus Bundoi yang juga Penyelaras Pertanian Kawasan DUN Bingkor.
Turut sama dalam kunjungan ini,q Penyelia Pertanian Mukim Apin-Apin Encik Zubir, Penyelia Pertanian Mukim Merampong dan Mukim Bunga Raya Puan Aliya Norshila Arif dan Penyelia Pertanian Tuarid Bandar Cik Helda.
Sementara itu daripada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.40 Bingkor terdiri daripada PPM Bingkor Junior Fred Vincent, CDO Tinus Majip, Pemaju Mukim Apin-Apin Dennis Joakim, Pemaju Mukim Bingkor George Dairie, Pemaju Mukim Tuarid Bandar Rahman Bidin dan Pemaju Masyarakat Puan Maileh Lajiwat.
Kunjungan hormat ini bertujuan membentuk dan memperkukuhkan jalinan kerjasama sediaada antara Jabatan Pertanian, ADUN Bingkor dan UPPM Bingkor.
Pada kunjungan ini Robert yang Pembantu Menteri Kerja Raya telah
diberi taklimat oleh Penyelaras pertanian DUN Bingkor Markus Bundoi mengenai perkembangan terkini projek-projek dan program pengembangan pertanian yang sudah dan bakal dilaksanakan dalam kawasan DUN Bingkor.
Pelbagai topik yang berkaitan juga telah dibincangkan bersama pada pertemuan ini.
Robert menghargai dan mengucapkan terima kasih kepada Pihak Jabatan Pertanian atas kesudian melakukan kunjungan hormat ini.
Katanya, kunjungan seumpama ini memberi manfaat kepada kepada masyarakat khususnya golongan petani di kawasan DUN Bingkor.