26 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Robert Tawik minta JTU kaji permohonan pewartaan Kampung Ria

Robert meneliti pelan perkampungan Kampung Ria yang dipohon oleh penduduk supaya diwartakan.

KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert meminta Jabatan Tanah Dan Ukur Daerah ini agar mengkaji permohonan penduduk Kampung Ria dekat sini untuk pewartaannya sebagai perkampungan.

Katanya, penduduk kampung itu telah membuat permohoan pewartaan kawasan perkampungan.

“Justeru itu saya sebagai wakil rakyat di kawasan ini meminta pihak Jabatan Tanah Dan Ukur dan jabatan dan agensi yang berkaitan mengkaji permohonan kampung itu untuk dipertimbangkan kerana ia adalah keperluan rakyat” katanya kepada wakil Borneo Daily Bulletin di sini selepas  melawat Tanah Perkampungan Kampung Ria kelmarin.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, permohonan penduduk kampung itu perlu dipertimbangkan kerana rata-rata penduduk adalah warga tempatan.

Turut sama dalam lawatan itu Pegawai dari Jabatan Tanah Dan Ukur Keningau, Ketua Kampung Ria Placidius Devid dan Pengerusi JPKK  Lawrance Malibin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN