29 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 4, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Robert Tawik gesa rakyat terus bekerjasama dengan petugas hadapan

Datuk Robert Tawik,Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri Sabah

KENINGAU:Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah,Datuk Robert Tawik menggesa rakyat agar terus bekerjasama dengan petugas barisan hadapan dalam memutuskan rantaian wabak Covid 19 yang semakin meningkat di negeri ini.

Tegasnya, kerjasama erat masyarakat bersama-sama dengan petugas barisan hadapan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia,Polis Di Raja Malaysia serta agensi-agensi penguatkuasa lain amat penting bagi mengurangkan penularan wabak maut itu daripada terus menjangkiti masyarakat.

“Kerjasama masyarakat tidak sukar, hanya bantu penguatkuasa dengan cara mematuhi SOP dan menjalani norma kehidupan baru yang di tetapkan. Selain itu, duduklah di rumah jika tiada keperluan untuk keluar ke mana-mana, ini amat penting bagi mengurangkan seseorang itu terdedah dengan jangkitan Covid 19”, jelasnya ketika ditemui pada Sabtu.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri N.40 Bingkor turut menasihatkan rakyat agar tidak melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Rentas Daerah yang ditetapkan Kerajaan baru-baru ini. Katanya, keperluan melakukan pergerakan rentas daerah hendaklah di buat secara berhemah iaitu mendapat kebenaran pihak PDRM dengan mengemukakan alasan munasabah.

“Melanggar perintah kawalan rentas daerah bukan sahaja suatu kesalahan, malah merisikokan diri sendiri untuk terdedah kepada jangkitan wabak maut ini, kita kena bertanggungjawab untuk terus mematuhi arahan yang telah ditetapkan kerajaan”, tegas beliau.

Dalam pada itu, beliau turut memuji usaha yang dijalankan pihak berkuasa dalam membendung wabak covid 19 daripada terus menular dikalangan masyarakat. Menurutnya, usaha tidak mengenal penat lelah agensi-agensi terlibat harus dihargai semua pihak dan beliau sendiri sebagai pemimpin kerajaan akan terus komited memberikan kerjasama padu untuk sama-sama memutuskan rantaian Covid 19.

Sabah setakat ini antara negeri yang berhadapan dengan peningkatan mendadak jangkitan Covid 19. Setakat ini jumlah keseluruhan kes diseluruh negara sebanyak 14,722 pada jumaat menyaksikan enam kematian terbaru.

~End~

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN