30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Robert Tawik gesa rakyat kawasan Bingkor daftar MySejahtera untuk dapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Robert semasa menerima suntikan vaksin dos kedua kelmarin.

KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik menggesa rakyat khususnya di kawasan Bingkor agar mendaftar melalui aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Katanya, rakyat tidak perlu takut kerana vaksin yang gunakan oleh Kerajaan Malaysia adalah selamat dan dapat melindungi diri dari jangkitan COVID-19.

“Kerajaan memang telah memilih vaksin yang terbaik untuk rakyat di negara ini, justeru itu jangan bimbang dengan vaksin yang digunakan pada masa ini” katanya kepada wakil Borneo Daily Bulletin selepas menerima suntikan vaksin dos kedua di  Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau di sini kelmarin.

Robert menunjukkan tulisan yang tertera dalam bahasa Dusun yang bermaksud, “saya sudah selasai disuntik dos kedua vaksin COVID-19”.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya turut menasihatkan rakyat di kawasan ini agar jangan terpengaruh dengan beberapa berita tidak sahih yang tular di media sosial berkaitan vaksin.

“Sebaiknya rujuk kepada Pegawai dan kakitangan di Pejabat Kesihatan dan Klinik Kesihatan yang berhampiran untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan jelas” katanya.

Beliau berkata, kerajaan tidak sewenang-wenangnya mengambil vaksin untuk rakyat di negara ini jika ia tidak selamat digunakan.

“Justeru itu saya menyeru agar rakyat di kawasan saya agar tampil mendaftar melalui aplikasi MySejahtera dan bagi mereka kurang mahir menggunakan pendaftaran melalui online, mendaftarlah melalui borang yang telah disediakan melalui pemimpin-pemimpin masyarakat” jelasnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN