Robert (duduk) semasa menziarahi dan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang bapa mertuanya.
KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Robert Tawik menziarahi dan memberikan penghormatan terakhir kepada bapa mertua beliau, mendiang Basir @ Walter Bin Umpason di rumah kediaman keluarga mendiang di Kampung Buang Sayang Bingkor.
Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor dengan penuh rasa dukacita menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga besar mendiang yang ditinggalkan dengan harapan agar semuanya tabah dan diberikan kekuatan dalam menghadapi saat yang sukar ini.
“Semoga kenangan manis bersama mendiang menjadi penghibur dan kekuatan bagi keluarga untuk terus melangkah ke hadapan” ucapnya.
Beliau turut mendoakan agar roh mendiang Basir @ Walter Bin Umpason mendapat peristirehatan yang tenang dan damai di alam baharu.
Selain Robert, pemimpin-pemimpin masyarakat di kawasan Bingkor dan sanak saudara turut memberi penghormatan kepada mendiang.



