Robert (kanan)dan Ellron bertukar-tukar pendapat dalam kunjungan hormat itu.
KOTA KINABALU:Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri Sabah Datuk Robert Tawik @ Nordin mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Belia Dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Alfred Angin di Pejabatnya di sini hari ini.
Menurut Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor, kunjungan itu bertujuan menyampaikan hasrat belia dan beliawanis khususnya di kawasan Bingkor berkaitan pembangunan sukan di kawasan ini.
Katanya, dalam kunjungan hormat itu beliau telah mengemukakan beberapa perkara yang berkaitan dengan pembangunan sukan dan program-program pembangunan khusus untuk golongan belia dan beliawanis.
“Kita yakin Kementerian Belia dan Sukan yang kini diterajui oleh Datuk Ellron Alfred Angin yang juga bekas atlet mempunyai banyak perancangan untuk pembangunan sukan dan belia di negeri ini” katanya.
Ini katanya, kerana Ellron yang merupakan bekas ahli sukan sudah tentu banyak pengalaman yang boleh dikembangkan untuk pembangunan sukan di negeri ini.
Robert berkata, pada kunjungan hormat itu juga beliau dan Ellron telah bertukar-tukar pendapat berkaitan tanggungjawab Kementerian masing-masing.