24 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Robert: Sokongan, sumbangan orang ramai dalam program derma darah secara berterusan amat diharapkan

Robert semasa menyaksikan salah seorang penderma sambil menyampaikan hadiah daripada pihak penganjur program derma darah itu.

KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin berharap agar  sokongan dan sumbangan orang ramai dalam program derma darah berterusan.

Ini katanya, bagi membantu Unit Transfusi Hospital Keningau mendapatkan darah stok darah yang mencukupi sepanjang masa.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri Sabah berkata demikian semasa menghadiri bagi menyokong Program Derma Darah yang diadakan di Dewan Pisompuruan Kampung Merampong pada Sabtu.

Katanya, beliau akan sentiasa menyokong program menderma darah bagi membantu pihak Hospital Keningau untuk mendapatkan bekalan darah secara berterusan.

Pada masa sama beliau menghargai para penderma darah yang memberi sokongan kepada pihak hospital yang memerlukan stok darah dari masa ke semasa bagi rawatan pesakit yang memerlukan tambahan darah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN