31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Robert santuni belia, hulurkan sumbangan

Garrett (kiri) mewakili Robert menyampaikan sumbangan kepada Andre

KENINGAU:Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri Sabah Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah N.40 Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin menyantuni tujuh orang belia dari Tambunan dengan menghulurkan sumbangan kewangan.

Ketujuh tujuh Belia itu adalah peserta Program WE-Connect : A Journey of Hope ( South Korea).

Mereka ialah Felsie Sulip Felix, Andre Justin Basinau, Fr. Wilfred James, Philisha Josie Philip, Renoldy Christopher, Verara Piton dan Welvian Jamin.

Andre Justin Basinau mewakii enam peserta yang lain menerima sumbangan itu yang disampaikn oleh Staf Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.40 Bingkor Garrett Patrick yang mewakili Robert.

Menurut Felsie keperluan kewangan itu adalah untuk menampung perbelanjaan mengikuti Program tersebut.

Katanya, mereka bertujuh ditawarkan peluang itu Menghadiri program ‘ We Connect : A Journey of Hope yang akan berlangsung selama tujuh hari pada pertengahan bulan Ogos ini bertempat di Wake Up International Youth Center, Haemi Seosen-Si South Korea.

Menurut Felsie program ini menghimpunkan para belia Asia serta menyediakan platform yang unik untuk mengongsikan budaya, dialog dan kerjasama dengan tujuan memupuk persefahaman dan kerjasama dalam kalangan belia Asia.

Felsie mengucapkan terima kasih kepada Robert atas keprihatinan menghulurkan sumbangan kewangan.

Sudah tentu dengan adanya sumbangan ini dapat meringankan bebenan kamu bagi menampung perbelanjaan Menghadiri program yang amat bermenafaat kepada kami, ujurnya

Sumbangan kewangan yang diberikan itu akan kami gunakan sepenuhnya untuk Menghadiri program ini.

Robert mengucapkan selamat jalan kepada ketujuh-tujuh belia tersebut dan berharap dapat memperomosikan Negeri Sabah khususnya dan Malaysia amnya di peringkat antara bangsa.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN