28 C
Kota Kinabalu
Isnin, April 21, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

‘Road Show’peluang, ruang terbaik mencari pelanggan

TERBAIK….Datuk Abidin mencuba dan meneliti kemudahan salah sebuah Proton yang dipemerkan ditemani Datuk Jimmy Tham.

RANAU: Melinau Auto Sdn Bhd, sebuah syarikat pengedar kereta Proton Saga model baharu, dipuji kerana berjaya menganjurkan Roadshow bagi mempromosi jenis kereta Proton baharu buatan Malaysia, bukan sahaja memberi peluang kepada orang bandar untuk  memilikinya (membeli), malah turun padang ke daerah-daerah luar bandar atau pekan bagi  memberi peluang kepada masyarakat  akar umbi agar mengetahui perkembangan kenderaan keluaran terbaru negara dengan kerjasama pengeluar kereta dari negara China.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.38 Paginatan,  Datuk Abidin Madingkir berkata, peluang  menganjurkan program ‘Road Show’ untuk  mencari pelanggan adalah wajar kerana program itu menjadi ruang dan peluang kepada pelanggan untuk membuat pilihan bijak tanpa perlu datang melihat ke pusat pameran atau Syarikat Pengedar kereta yang terletak jauh di kawasan bandar.

“Ini adalah peluang terbaik setiap syarikat pengedar kereta di negara ini untuk mencari pelangan dengan cepat dan pelanggan pula mudah dapat info yang tepat mengenai harga kereta yang di pamerkan “, jelas Datuk Abidin ketika berucap merasmikan  Program Roadshow Proton Saga Keluaran terbaru, anjuran Melinau Auto Sdn Bhn dari Inanam Kota Kinabalu  di pekan Ranau  pagi tadi.

TERIMA KASIH…Datuk Abidin memerima cenderamata disampaikan wakil Melinau Auto Sdn Bhd Inanam disakaksikan yang lain.

Selain promosi kenderaan Proton keluaran baharu itu, Datuk Abidin mencadangkan kepada Majlis Dearah Ranau (MDR) supaya mengkaji keperluan ruang tapak letak kerta di pekan itu yang kini semakin tidak dapat menampung bilangan kenderaan hampir setiap hari.

“Kita kena memikirkan cara macamana untuk mengatasi ketidak cukupan ruang letak kereta di pekan ini yang semakin tidak dapat menampung bilangan kenderaan,” tambah Abidin.

Hadir sama pada majlis itu ialah, Penolong Pegawai Daerah Ranau, Florencia Padasian, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Paginatan, Hisyamuddin Harun,  Pengerusi Dewan Perniagaan Tionghua yang juga Presiden Persatuan Hakka Ranau, Datuk Jimmy Tham Yuk Leong, Pegawai Pemasaran Proton Melinau Auto Sdn Bhd  Inanam Kota Kinabalu, Gloria Yee serta Staff Melinau dan puluhan penduduk tempatan.

              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN