33 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Julai 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

RMKe-12: Kerajaan pastikan rakyat luar bandar khususnya Sabah dan Sarawak, nikmati bekalan elektrik 24 jam.

Arthur (tengah) semasa diberi taklimat oleh Retty.

Oleh:Marutin Ansiung

KENINGAU:Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Arthur Joseph Kurup, berkata Kerajaan akan memberikan fokus yang lebih dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) bagi memastikan rakyat luar bandar khususnya di Sabah dan Sarawak dapat menikmati bekalan elektrik 24 jam. 

Ini katanya, kerana masih terdapat sesetengah kawasan khususnya di pedalaman Sabah yang hanya mempunyai bekalan elektrik 12 jam sahaja. 

Beliau berkata, bekalan Elektrik merupakan keperluan asas yang sangat penting bagi memperluas penyediaan infrastruktur luar bandar.

“Mengenai bekalan elektrik yang sering terputus khususnya di Daerah Kecil Sook dan mengundang kemarahan penduduk, saya telah diberikan penjelasan lanjut daripada pihak SESB. Perkara ini sedang di atasi” katanya selepas mengadakan lawatan di Pejabat SESB Zon Pedalaman di sini Jumaat lepas.

Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) Rolling Plan Keempat (RP4) Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri telah meluluskan pembinaan sebuah sub pencawang stesen Sook yang baharu berkapasiti 33kv. 

“Kerja-kerja pembinaan pencawang ini dijangka akan dimulakan pada tahun hadapan dan mengambil masa selama setahun untuk disiapkan” jelasnya.

Tambahnya, apabila siap kelak masyarakat di Daerah Kecil Sook akan dapat menikmati bekalan elektrik yang lebih baik. 

Selain itu katanya, program bekalan elektrik luar bandar (BELB) di enam buah kampung melibatkan 231 buah rumah di Daerah Kecil Sook seperti Kampung Nangkawangan, Pohon Batu, Binanun, Sumbling dan Pengaraan sedang dilaksanakan.

Terdahulu Arthur diberi taklimat oleh Pengurus SESB Zon Pedalaman Puan Retty Felicia Simok.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN