Mohd Arifin (kelima barisan belakang) bersama Abdul Ghani (keenam barisan belakang) dan ketua-ketua jabatan merakamkan gambar kenangan dengan wakil-wakil penerima bantuan pada majlis itu.
NABAWAN: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM44 juta untuk program Inisiatif Bantuan Pendidikan Kerajaan Negeri Sabah tahun ini
Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi , Datuk Dr Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif berkata, Daerah Nabawan dan Sook antara penerima awal inisiatif ini.
Katanya, inisiatif ini akan diteruskan disemua daerah di negeri ini sehingga hujung tahun.
Mohd Arifin yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Wam2care dan Taklimat Bantuan-Bantuan Pendidikan Kerajaan Negeri di Dewan Serbaguna di sini pada Khamis.
Beliau berkata, program ini telah dilancarkan pada tahun 2021 manakala pada tahun 2023 sejumlah RM43 juta peruntukan disalurkan untuk sepuluh jenis bantuan dibawah inisiatif ini.
Jelasnya, bantuan-bantuan itu adalah, Bantuan Pendaftaran IPT (BUDI) secara ‘one off” (bayar sekali) RM1,500 seorang bagi Diploma/Foundation Matrikulasi dan RM2,000 seorang bagi Ijazah Sarjana Muda, Bantuan Ihsan Komputer (BAIK), Bantuan Ishan Tabung Pendidikan Negeri (BISTARI), Bantuan Penyelenggaran Kecil Sekolah (BALKIS), Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI), Bantuan Khas Program Pendidikan (BANTU),Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH), Bantuan Aktiviti PIBG Sabah (BAGUS), Seketeriat Mahasiswa Sabah Malaysia (SEMESTA) Dan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA).
Sehubungan dengan inisiatif ini Mohd Arifin berkata, Kementeriannya melalui agensi dibawahnya akan turun padang di setiap daerah untuk memberi taklimat dan menyampaikan informasi-informasi yang berkaitan dengan bantuan-bantuan berkenaan terutama kepada Pejabat-Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di negeri ini.
Pada sama Mohd Arifin berharap agar Pegawai-Pegawai Pendidikan dan guru-guru peka dengan bantuan-bantuan yang disediakan oleh kerajaan negeri melalui inisiatif ini termasuk STEM bagi membolehkan pelajar-pelajar yang layak tidak tercicir daripada menerima bantuan yang disediakan.
Terdahulu Mohd Arifin menyampaikan
Bantuan Pendidikan,
Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH), Bantuan Aktiviti PIBG Sabah (BAGUS), Bantuan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)
dan Bantuan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS).
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS), Pegawai Daerah Nabawan Peter Jiton, Pemimpin Pembangun Masyarakat (PPM) Nabawan Deckson Andipai ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat.
Pada hari yang sama Mohd Arifin menyempurnakan majlis yang sama di Daerah Sook.



