28 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 25, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

RM1j diperuntukan kepada JKKK, Pemegang Adat selesai masalah: James

JAMES (kiri) menyampaikan watikah perlantikan kepada salah seorang Pengerusi JKKK pada majlis itu

SUGUT: Para pemimpin Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Pemegang Adat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sugut menerima peruntukan sebanyak RM1 juta.

Peruntukan tersebut dibuat bagi menyelesaikan sebarang permasalahan yang dihadapi di Kawasan masing-masing.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR), Datuk James Ratib mahu, menerusi peruntukan itu, agar JKKK dan Pemegang Adat di DUN Sugut sentiasa bekerjasama.

Ini katanya adalah penting, bagi memastikan segala masalah dapat diselesaikan dengan segera.

Beliau yakin barisan JKKK dan Pemegang Adat yang dilantik mampu memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka.

Datuk James yang juga merupakan ADUN Sugut berkata demikian semasa merasmikan Sambutan Krismas dan Tahun Baharu 2024 yang diadakan di Dewan Terbuka Pejabat Daerah Kecil Paitan baru-baru ini.

Berkenaan sambutan tersebut, beliau berkata kehadiran pelbagai kaum membuktikan perpaduan yang kukuh antara masyarakat dalam meraihkan kepelbagaian perayaan di Sabah.

Sempena program ini, turut diadakan penyerahan watikah lantikan kepada 55 orang JKKK dan juga penyerahan baju seragam kepada 113 orang Pemegang Adat DUN Sugut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN