OLEH CLEO WILL
RANAU: Inisiatif mulia dari usaha sama empat persatuan Tionghua daerah ini berjaya mengumpulkan dana sebanyak ¥200,000 (RM124,800) yang dikutip khas bagi tujuan membantu mangsa yang terlibat dalam epidemik Coronavirus (Covid-19) di Wuhan, China.
Dana tersebut telah diserahkan kepada Konsulat Jeneral Cina di Sabah Liang Cai-de oleh Ahli Parlimen Ranau Jonathan Yasin yang mewakili empat persatuan yang terdiri daripada Dewan Perniagaan Tionghua Ranau, Persatuan Hakka Daerah Ranah, Persatuan Warga Emas Kg Muhibbah Ranau dan Persatuan Pengusahan Pertanian Kundasang.

Upacara simbolik penyerahan telah dibuat pada Malam Muhibbah Majlis Pesta Tahun Baru Cina 2020 Ranau yang diadakan di Ranau Hakka Foodcourt yang turut disaksikan Presiden Persatuan Hakka Ranau merangkap Kapitan Cina DUN Paginatan Datuk Jimmy Tham Yuk Leong pada petang hari Sabtu.
Dalam ucapan perasmian majlis itu, Liang mengucapkan terimakasih yang tidak terhingga kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan kutipan dana tersebut, dan juga kepada kerajaan Malaysia yang banyak memberikan sumbangan serta sokongan moral kepada China sejak wabak Covid-19 bermula.

“Ini adalah lawatan rasmi pertama saya ke Ranau, dan saya ingin berkongsi kegembiraan perayaan dengan anda semasa Tahun Baru Cina 2020. Walau bagaimanapun, tahun baru cina 2020 kelihatan sangat berat untuk China.
“Covid-19 yang begitu kritikal di negara China Amat menyedihkan, memberi kesan kepada hati semua masyarakat berketuturan Cina di dalam dan luar negara China. Dalam menghadapi corona virus ini, masyarakat antarabangsa telah memberikan sokongan dan bantuan yang besar kepada China.
“Kerajaan Malaysia telah menyumbangkan ‘face mask’ dan 18 juta pasang ‘medical hand glove’ ke Wuhan untuk membantu negeri itu menangani krisis berkenaan. Hari ini China solidarity dan persahabatan dari masyarakat Ranau, Sabah dan rakyat Malaysia secara amnya,” katanya.
Sementara itu, Jimmy Tham dalam ucapannya berkata, Malam Muhibbah Majlis Pesta Tahun Baru Cina 2020 Ranau merupakan satu platform di mana semua kaum, tanpa mengira bangsa dan ugama dapat bersama-sama merayakan pesta Tahun Baru Cina.
Berkenaan dengan kutipan dana sebanyak ¥200,000 itu, sumbangan ikhlas tersebut dibuat bertujuan untuk menampung kos pembelian peralatan-peralatan perubatan seperti mask, sarun tangan dan sebagainya kepada paa kakitangan perubatan di hospital-hospital di Wuhan, China.

“Ekoran epidemic Covid-19 yang mana telah mengejutkan seluruh dunia, persatuan-persatuan kami yang ada di daerah Ranau telah membuat satu kempen kutipan wang Tabung Coronavirus Wuhan yang dinamakan Relief Fund Raising In Aid of Wu-Han’s Coronavirus China 2020.
“Dalam kesempatan ini, kita mahu berterimakasih kepada semua pnederma yang sudi menderma dalam tabung ini, dan semoga dana ini akan sedikit sebanyak meringankan lagi beban yang ditanggung oleh mereka yang terlibat secara langsung dalam menangani wabak Covid-19 di Wuhan China,” jelas beliau.

Dalam majlis itu, Jonathan mengumumkan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada Persatuan Hakka Ranau, manakala ADUN Paginatan Datuk Abidin Madingkir mengumumkan peruntukan sebanyak RM10,000 kepada persatuan yang sama.
Turut hadir di majlis itu, Penasihat Dewan Perniagaan Tionghua Ranau Dato Koh Boo Eng, Penasihat Dewan Perniagaan Tionghua Ranau Datuk Hiew Sin Kiong, Pengerusi Penganjur merangkap Presiden Persatuan Pengusaha Pertanian Kundasang Simon Leong, UPPM Kundasang Siriman Basir, UPPM Karanaan Awasi Ghanie, Ketua Polis Daerah DSP Sammy Newton, Ketua Eksekutif Majlis Daerah Ranau Jaiping Minsu, Mantan MP Ranau Datuk Dr Othman Minuddin, Penasihat Pergerakan Wanita Persatuan Hakka Ranau Datuk Amisah Yasin, para penaja dan kenamaan lain. –TAMAT–