27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mac 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Rithuan & Ismuni antara 31  penerima  anugerah  Pingat Komisioner Jeneral Penjara

GAMBAR – Nordin menyematkan Pingat Komisioner Jeneral Penjara kepada Rithuan sempena Majlis Penganugerahan Pingat Komisioner Jeneral Penjara 2022 peringkat Negeri Sabah dan Labuan di Mini Auditorium Perbadanan Labuan, Layang-Layangan, pada Jumaat.

LABUAN: Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Ismail dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Dr Ismuni Bohari adalah antara 31  penerima Anugerah Pingat Komisioner Jeneral Penjara Malaysia.

Majlis penganugerahan pingat berkenaan disempurnakan oleh Komisioner Jeneral Penjara, Dato’  Nordin Muhamad  sempena Majlis Panganugerahan Pingat Komisioner Jeneral Penjara  2022 Peringkat Negeri Sabah dan Labuan  di Mini Auditorium Perbadanan Labuan, Layang-Layangan, dekat sini, pada Jumaat.

Hadir sama pada majlis bersejarah itu, Pengarah Kanan Penjara Malaysia,  Supri Hashim, Pengarah Penjara Negeri Sabah, Nora Musa dan Pengarah Pusat Koreksional Wilayah Persekutuan Labuan, Kalbin Mohd Musa.

Sementara itu seramai  11 pegawai Penjara Negeri Sabah dan Labuan  menerima Pingat Komisioner Jeneral Penjara Kelas Pertama, mereka ialah Usman Mala, Jomison Gondikit, John Kindasan,  Jailan Ayong, Dg Masni Ag.Sapli, Slamat Saman, Kassim Jalan, Allen Rudy Funk, Hasmawaty Hassan, Muhamad Arafah dan Azinun Abdullah.

Manakala 17 pegawai dan kakitangan yang lain menerima Pingat Komisioner Jeneral Penjara Kelas Ke Dua.

Terdahulu, Nordin kerita berucap pada majlis itu berkata,  Jabatan Penjara Malaysia kini meningkatkan usaha dalam menjayakan program pemulihan dalam komuniti  kerana ia lebih berkesan berbanding dalam fasiliti atau penjara.

Bagaiamanapun katanya, tidak semua banduan layak menjalani pemulihan dalam komuniti  dan penilaian dibuat berdasarkan risiko banduan itu terhadap komuniti.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN