31 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

REXIE GUBAT, PEMANGKU KETUA PEMUDA UPKO RANAU

REXIE (kanan)….ketika menerima fail Ketua Pemuda UPKO Ranau daripada Eldy (kiri) sambil disaksikam Sualim (tengah) dan AJK pemuda yang lain.

RANAU: Naib Ketua Pergerakan Pemuda United Progressive Kinabalu Organisation (UPKO) Ranau, Rexie AS Gubat, kini memangku jawatan Ketua Pemuda bahagian yang sebelum ini disandang Eldy Yakin.

Rexie yang juga anak kepada mendiang Datuk Siringan Gubat, mantan Menteri Pembangunan Sumber Dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, merupakan AJK Pemuda UPKO Ranau pada 2010-2013 sebelum dilantik Bendahari  dan Ketua Penyelaras Pemuda UPKO Dun Karanaan.

Keputusan peralihan kepimpinan ketua pemuda itu diumumkan sendiri Eldy Yakin semasa mesyuarat ahli jawatankuasa Pemuda bahagian di sini, baru-baru ini.

Eldy melepaskan jawatan yang disandangnya sejak tahun 2019 untuk mengalas tanggungjawab baharu di peringkat AJK Bahagian.

Ketika dihubungi Borneo Daily Bulletin, Eldy berkata, keputusan mesyuarat yang dibuat  adalah  kensesus dan langkah strategik Pemuda sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Katanya, sudah sampai masa pergerakan Pemuda UPKO Ranau untuk mengentengahkan bakat baru yang boleh dipertimbangkan pucuk pimpinan parti sebagai calon pilihanraya atau menggalas apa-apa jawatan penting dalam memperkuatkan parti.

“Suasana politik sekarang, memerlukan Pemuda Upko bergerak lebih progresif dan agresif, apatah lagi sebagai status pembangkang dan ini memerlukan komitmen yang tinggi.

“Mengambil kira hal ini, maka wajarlah untuk saya mengembalikan jawatan ketua pemuda ini kepada parti atas faktor komitmen tinggi saya terhadap kerjaya dan peribadi.

“Justeru, Rexie  Gubat adalah calon yang paling sesuai untuk meneruskan legasi kepimpinan Pemuda upko Ranau,” jelas Eldy.

Sementara itu, Rexie ketika dihubungi  berterima kasih kepada mantan ketua pemuda, Eldy Yakin  dan rakan-rakan dalam Pemuda Upko Ranau atas sokongan dan dorongan yang diberikan.

“Tanggungjawab ini amat besar dan mencabar, namun saya akan sedaya upaya untuk memikul dan melaksanakan amanat yang diberikan dengan sebaik-baiknya.

“Sokongan serta kerjasama daripada rakan-rakan Pemuda amat saya perlukan dalam meneruskan aspirasi perjuangan parti.

“Saya juga berharap Pemuda Upko Ranau terus mendapat motivasi dan inpirasi daripada Presiden Parti, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau yang  sentiasa berkerja keras untuk mengukuhkan kedudukan parti,” katanya.

Turut hadir pada mesyuarat itu, Pemangku Ketua Bahagian UPKO Ranau, Sualim Gopog, Setiausaha  Exekutif UPKO Ranau, yang juga Timbalan Ketua Pemuda, Junaydie Sihan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN