28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 8, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Restoran Pexoholic Cafe Keningau sediakan makan percuma kepada lebih 50 orang penghantar makanan.

Rafie mengagih-agihkan makanan tengah hari kepada penghantar makanan.

KENINGAU: Restoran Pexoholic Cafe, di sini telah menyumbangkan dengan menyediakan makan tengah hari secara percuma kepada lebih 50 orang penghantar makanan di daerah ini, pada Ahad lepas.

Pemilik restorannya Rafie Robert berkata, tujuan sumbangan tersebut adalah sebagai penghargaan dan sokongan kepada pekerjaan anak muda yang terlibat dalam kategori pekerjaan ekonomi gig ini.

Jelasnya, ianya juga sebagai penghargaan dan galakkan kepada anak muda agar dapat terus berusaha mencari rezeki ketika kebanyakan rakyat pada masa ini terkesan teruk dengan penularan pandemik Covid-19.

Sebahagian daripada penghantar makanan yang mendapat agihan mamanan tengah hari itu.

“Mereka juga adalah Barisan Hadapan yang membantu menjadi perantara antara pembeli dan penjual secara atas talian seperti yang disarankan oleh kerajaan kepada rakyat iaitu mengoptimumkan pembelian atas talian bagi mengurangkan pergerakkan orang ramai ditempat awam sebagai usaha pencegahan penularan Covid-19 ini,” katanya.

Beliau juga berharap agar setiap individu di negara ini dapat bertabah dalam mengharungi cabaran yang berlarutan ini berikutan penularan pandemik Covid-19.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN