28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Januari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

‘RESILIENCE’ PENGUSAHA SERUNDING MENGHADAPI PANDEMIK COVID-19

Dr.Jurry Foo

Apa khabar Serunding Kubis?

OLEH: DR.JURRY FOO
▪︎Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah,
Kota Kinabalu, Sabah jurryfm@ums.edu.my

‘RESILIENCE’ PENGUSAHA WANITA menguruskan sumber semasa pandemik covid-19 terutamanya sumber berasaskan pertanian di Sabah telah membuktikan keupayaan golongan wanita menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran fizikal dan sosial untuk kelangsungan hidup. Ini juga menunjukkan bahawa masyarakat perlu menguasai gaya hidup normal baharu iaitu antara lainnya (i) melihat isu dan masalah sebagai peluang                         
(2) Meningkatkan keupayaan diri melalui penguasan pelbagai pengetahuan dan kemahiran, (3) Lebih berdikari dan (4) Menjadi ‘opportunist’ yang sentiasa mencari peluang untuk memperbaiki kehidupan.

Zuraidah (kiri) dan Noor Hanim (kanan)

Ciri-ciri resilience tersebut telah menjadi faktor utama kejayaan penghasilan dan pasaran serunding kubis yang semakin mendapat sambutan yang meluas.

Daripada idea yang dicetus melalui penyelidikan dan pemindahan pengetahuan dan kemahiran daripada kerja akademik di Universiti Malaysia Sabah (UMS) iaitu melalui penyelidikan inovasi menguruskan sumber hasil pertanian dengan mengoptimumkan kearifan tempatan semasa tempoh PKP menghadapi penularan COVID-19 (SGI0111-2020) oleh kumpulan penyelidik universiti tersebut, kini ia telah menjadi realiti di mana pemain utama pasarannya serta  pihak yang menikmati manfaatnya adalah komuniti di mana pengusaha wanita menjadi pelopornya.

Rojaliah (kiri) dan Rozaidah (kanan)

Pengalaman kumpulan pengusaha wanita yang berjaya menghasilkan serunding kubis jenama masing-masing memberikan inspirasi kepada masyarakat mengenai  penguasaan gaya hidup normal baharu yang rencam. Pemilik jenama RH serunding di bawah syarikat D’ Dompuron yang diterajui adik beradik Puan Rojaliah dan Puan. Rozaidah serta keluarga mereka dari Kg. Libang Ranau adalah antara pelopor awal yang mengambil inisiatif memproses kubis kepada bentuk serunding dengan menggabungkan resipi yang diperkenalkan penyelidik UMS dengan pengetahuan sedia ada daripada pengalaman menghasilkan serunding Tuhau. Melalui usaha penambahbaikan berterusan bersama pihak UMS dan inisiatif mendapatkan khidmat nasihat daripada Jabatan Pertanian dan FAMA daerah Ranau, kualiti serunding Kubis RH semakin meningkat, khususnya dari segi kualiti nutrisi. Malah RH Serunding telah berjaya mencipta sendiri mesin penyaring minyak untuk menjamin kualiti produk.

Kelebihan perusahaan D’ Dompuron ini ialah membuka peluang pekerjaan kepada golongan wanita yang terjejas kehilangan pekerjaan dan pendapatan semasa pandemic COVID-19. Malahan sumber bahan mentah iaitu sayur Kubis diambil daripada kalangan petani yang tidak mempunyai akses pengangkutan untuk memasarkan hasil pertanian mereka.

Mesin penyaring minyak


Jenama Serunding Kubis Dapur Ida pula diterajui Puan Zuraida bt Barut Jani di bawah syarikat Zuraida catering. Suri rumah dan pengusaha kecil makanan yang bermastautin di daerah Tenom itu mengambil peluang menghasilkan serunding Kubis jenamanya sendiri apabila mendapat maklumat mengenai inovasi produk tersebut. Permintaan daripada sahabat dan ahli keluarga terdekat menjadi pembuka peluang perniagaan. Puan Zuraidah tidak lokek dalam berkongsi ilmu menghasilkan serunding Kubis. Beliau telah melakukan perkongsian ilmu dengan beberapa pengusaha baharu yang lain termasuk memberikan perkongsian kepada pelajar yang menjalankan kajian mengenai penghasilan produk tersebut. Walaupun masalah seperti harga Kubis yang tidak menentu dan kesukaran mendapatkan bekalan Kubis di Tenom, namun keadaan ini sudah menjadi kelaziman kepada puan Zuraidah dan beliau kini lebih bijak menangani isu tersebut bagi memastikan produknya dapat ditawarkan secara konsisten.

Serunding Kobis Sabah (SKS) dari syarikat N’HANIM Enterprise adalah jenama serunding Kubis yang paling awal mengambil peluang mencuba pasaran dalam talian di platform Shoppe kerana beliau yakin dalam era IR4.0 ini ekosistem digital adalah pasaran terbaik yang cepat dan meyakinkan. Peneraju jenama tersebut Puan Noor Hanim Barut Jani yang beroperasi di Keningau mengakui bahawa produknya memberikan impak yang besar dalam mengatasi masalah ekonomi yag dialaminya pada awal PKP, namun kini hasil penglibatannya dalam pasaran tersebut membolehkan beliau dalam proses membuka kedai sendiri dan memperluaskan lagi pasaran SKS. Pada awal percubaan menghasilkan serunding Kubis, beliau sememangnya menghadapi kesukaran, namun apabila perbincangan dan bimbingan berterusan dilakukan dalam kalangan pengusaha serunding Kubis dan pihak UMS, akhirnya beliau menemui resipi yang diinginkan. Dua lagi jenama Serunding Kubis yang sedang meningkat naik membawa jenama Princess Irsa oleh Puan Dira di Kota Kinabalu dan jenama SERUNDING KOBIS KUNDASANG di Kundasang. Ini adalah perkembangan yang baik dan menjadi petunjuk bahawa telah wujud usaha kearah resilience dalam kalangan masyarakat. Inilah yang terjadi kepada Serunding Kubis yang terhasil daripada peluang dalam menghadapi bencana sosial. Semoga pengalaman para pengusaha wanita ini akan menjadi inspirasi kepada masyarakat dalam beradaptasi kepada ‘New Normal Era’ kerana  KITA TIDAK BOLEH MEMENJARAKAN DIRI SELAMANYA.

Bagi mendapatkan produk serundng Kubis terkini oleh menghubungi:

•Serunding RH: http://www.wasap.my/0198923116/RHSERUNDINGKUBIS
•Serunding Dapur Ida: https://bit.ly/3dGMOdc
•Serunding Kobis Sabah: http://www.wasap.my/601114145282/SerundingKobisSabah
•Serunding Princess Irsa: https://www.facebook.com/jadira.joannes
•SERUNDING KOBIS KUNDASANG: http://Wassap.my/60135636532/SerundingKOBIS
 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN