Rentas Daerah Di Sabah Dibenarkan Bermula 14 Oktober

Rentas Daerah Di Sabah Dibenarkan Bermula 14 Oktober

13/10/2021 Off By ADUKA JASNIN SUMAN

TERKINI: Kerajaan Negeri Sabah bersetuju supaya rentas daerah dibenarkan di seluruh negeri ini bermula 14 Oktober 2021.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, dalam kenyataan media di Kota Kinabalu, hari ini.

Katanya, kebenaran itu bagaimanapun tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan iaitu:

  1. Individu telah lengkap divaksin
  2. Remaja berumur 12 hingga 18 tahun yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
  3. Kanak-kanak di bawah 12 tahun ditemani oleh ibu bapa yang telah lengkap vaksin.

Hajiji turut berkata, kerajaan negeri juga bersetuju untuk memberi kebenaran merentas negeri berkuat kuasa bermula 1 November depan.

“Kemasukan ke Sabah meliputi lawatan sosial dan pelancongan adalah dibenarkan juga dengan beberapa syarat.

“Individu haruslah telah lengkap divaksin dan perlu menjalani ujian COVID-19 RT-PCR atau RTK-Ag dalam tempoh tiga hari sebelum perjalanan,” katanya.