24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Julai 15, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Remaja perempuan dibelasah hingga mati, mayat digantung di jambatan

SEORANG remaja perempuan dipukul hingga mati oleh saudara mara dan mayatnya digantung di jambatan, hanya kerana memakai jeans ketika upacara keagamaan di India.

Neha Paswan, 17, dibelasah oleh datuk dan bapa saudaranya kerana bertegas mahu mengenakan pakaian pilihannya, demikian menurut ibunya, Shakuntala Devi Paswan.

Shakuntala mendakwa bapa mentuanya berpura-pura membawa Neha ke hospital setelah gadis itu tidak sedarkan diri, tetapi sebaliknya membawa mangsa ke sungai berhampiran dan menggantung mayatnya di jambatan.

Polis bakal mendakwa 10 individu atas tuduhan melakukan pembunuhan dan memusnahkan bukti.

Mereka yang terlibat termasuklah datuk, nenek, bapa saudara, ibu saudara, sepupu dan pemandu beca yang turut bersubahat dengan suspek.

Setakat ini datuk, nenek, salah seorang bapa saudara dan pemandu beca telah pun diberkas polis manakala suspek lain sedang diburu. -Mstar https://metro.co.uk/2021/07/28/indian-girl-beaten-to-death-and-hanged-by-family-for-wearing-jeans-15003610/

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN