ADVERTISEMENTspot_img

REDONAH SERAH SUMBANGAN LAMPIN PAKAI BUANG UNTUK HOSPITAL KOTA MARUDU

Redonah serah 100 kotak lampin pakai buang kepada Hospital Kota Marudu semalam.

KOTA MARUDU: Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah merangkap Timbalan Ketua Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Redonah Bahanda, telah menyerahkan sumbangan lampin pakai buang kepada Hospital Lotong, Kota Marudu pada Khamis lalu.

Sumbangan berjumlah 100 kotak atau 800 pek lampin pakai buang jenama UNIDRY Happy Baby Pants ini disalurkan oleh Kim Teck Cheong Consolidated Berhad melalui Pengarah Eksekutifnya, Datuk Dexter Lau. Bantuan berkenaan akan diagihkan kepada golongan memerlukan, khususnya pesakit di Hospital Kota Marudu serta beberapa klinik kesihatan di daerah ini.

Menurut Datuk Redonah, inisiatif sebegini memberi manfaat besar kepada masyarakat setempat dan mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin, pihak hospital, dan komuniti.

“Inisiatif khidmat komuniti seperti ini wajar diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya.

Pihak Hospital Kota Marudu turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas keprihatinan membantu meringankan beban golongan memerlukan, khususnya ibu bapa pesakit kanak-kanak.

Sumbangan ini mencerminkan komitmen berterusan antara pihak swasta dan pemimpin masyarakat dalam usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat di daerah Kota Marudu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN