27.7 C
Kota Kinabalu
Isnin, Mei 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Rebut peluang pasarkan produk sendiri sepanjang bulan Kaamatan: Robert

Robert (kanan) semasa melawat pameran pesta kaamatan Keningau.

KENINGAU : Para Pengusaha Kraftangan di saran agar mengambil peluang memasarkan produk-produk keluaran mereka di musim perayaan khususnya di sepanjang sambutan bulan Kaamatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik berkata, peluang itu terbuka luas dan mampu menjana pendapatan mereka berbanding hari-hari biasa.

“Inilah masanya produk-produk keluaran tempatan ini diperkenalkan secara lebih dekat lagi kerana Kaamatan mampu menggamit lebih ramai rakyat menghadirinya.

Setiap tahun, perayaan Sambutan Pesta Kaamatan tidak pernah mengecewakan dan ianya dibanjiri ramai warga untuk berlibur dan menyaksikan acara-acara yang telah dijadualkan,” jelasnya kepada media di sini.

Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah itu juga turut menggesa agar para peniaga mengawal harga produk-produk Tempatan yang dipasarkan supaya ianya berada pada tahap mampu beli oleh pelanggan.

“Kita jual mengikut kualiti dan berusaha mengekalkan mutu ketradisiannya setiap masa agar terus menjadi lambang terhadap budaya dan kesenian kita yang kekal terpelihara,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika mengiringi Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Pesta Kaamatan Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan di Majlis Perasmian Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Keningau pada Sabtu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN