27 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Rangkaian European Wellness Tingkat Perubatan Regeneratif, Pelancongan Kesihatan – Hajiji

Hajiji (dua kanan), Prof Chan (dua kiri), Prof Michelle (kiri) dan Masidi (kanan) ketika gimik perasmian.

KOTA KINABALU : Pembukaan rangkaian ke-46 European Wellness, pusat penjagaan kesihatan berteknologi tinggi mampu meningkatkan bidang perubatan regeneratif dan sektor pelancongan kesihatan di negeri ini.


Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, penyelidik dari seluruh dunia dijangka akan berkongsi kepakaran dalam bidang perubatan terkini dan sains di fasiliti tersebut.


“Sabah terletak secara strategik di Asia Tenggara, membentuk teras BIMP-EAGA dan rantau Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).


“Melalui kerjasama serantau ini, kami telah memperjuangkan secara konsisten integrasi ekonomi yang lebih mendalam.


“Oleh itu, saya membayangkan Sabah akan berkembang menjadi pautan serantau untuk banyak prospek pelaburan termasuk pelancongan kesihatan perubatan,” katanya semasa Grand Opening of The European Wellness Premier Center ke-46 di sini, pada Khamis.
Pusat 

berkeluasan 50,000 kaki persegi tersebut menawarkan rangkaian komprehensif lebih 60 perkhidmatan perubatan regeneratif dan terapi kesihatan holistik yang canggih untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat. 


Hajiji turut berkata pembukaan pusat itu membuktikan keyakinan para pelabur bahawa Sabah adalah lokasi yang kondusif dan baik untuk pelaburan.


“Ia mewakili satu lagi usaha penting dan lonjakan komitmen kami untuk memakmurkan Sabah seperti yang digariskan dalam hala tuju Pelan Pembangunan Strategik Sabah Maju Jaya. 


“Dalam era di mana kesihatan dan kesejahteraan menjadi keutamaan global, Sabah sedang meletakkan dirinya di barisan hadapan revolusi merangkumi komitmen untuk tidak hanya memelihara kehidupan tetapi meningkatkan kualitinya,” ujarnya.


Beliau turut menambah pelaburan ke Sabah boleh diukur dalam kesan motivasi terhadap perusahaan tempatan lain, penciptaan pekerjaan dan menarik pakar profesional yang akhirnya menyumbang secara signifikan kepada ekonomi negeri.

“Pusat ini dikendalikan oleh saintis sel stem terkenal dunia, Profesor Datuk Sri Dr Mike Chan dan isterinya, Profesor Datuk Sri Dr Michelle Wong, yang berasal dari Penampang.

“Kami berterima kasih atas pelaburan anda di negeri Sabah dan rakyat kita, visi dan ketabahan anda telah menghadiahkan Sabah dengan kemudahan yang sudah pasti akan mengubah kehidupan.


“Sabah bukan sahaja menerima penjagaan kesihatan termaju, tetapi juga secara aktif menyumbang kepadanya, bakat tempatan kami membuat gelombang dalam penyelidikan sel stem dan regeneratif perubatan, menjadi tokoh terkenal dalam komuniti saintifik global,” tambahnya lagi.


Profesor Chan mempunyai lebih 40 tahun pengalaman dalam bidang perubatan regeneratif dan penjagaan kesihatan, menghasilkan lebih 50 buku saintifik, menyampaikan lebih 1,000 pembentangan dan sesi pleno di lebih 80 negara. – Penerangan

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN