Mudin (empat dari kanan), Zulhimat (2 dari kiri) bergambar bersama para pemenang
RANAU: Pasukan Catur Ranau mencipta sejarah apabila muncul juara keseluruhan Kejohanan Catur Bawah 12 Peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Sabah yang berlangsung di Dewan Perdana Kota Marudu II baru-baru ini.
Pasukan catur Ranau berjaya mengumpul sebanyak 129 mata keseluruhan pusingan permainan menewaskan sembilan terbaik daerah lain iaitu Kota Kinabalu yang berada di kedudukan kedua, Sandakan (Ke-3), Tuaran (Ke-4), Kudat (Ke-5), Kota Marudu (Ke-6), Tawau (Ke-7), Penampang (Ke-8), Keningau (Ke-9) dan Kota Belud (Ke-10).
Keputusan rasmi menyaksikan adik Nur Izz Zayani Zulhimat, mewakili Ranau muncul johan kategori perempuan bawah 12 menewaskan sembilan peserta lain yang terdiri daripada Dzye Lavenda Laura Josselim mewakili Kudat (Naib Johan), Nor Ariessa Zara Irdina Muammar (Kota Kinabalu/Ke-3), Rawaidah Adnan (Tuaran/Ke-4), Adrianna Mia Ab Halim (Tuaran/Ke-5), Ainin Shafiya Mohd Sah (Kota Belud/Ke-6), Felisha Jenenius (Sandakan/Ke-7), Izz Aflah Wardina Hilyadi (Kota Marudu/Ke-8), Nur Azyyati Afiqah Sunardi (Tawau/Ke-9) dan Khairiyah Madihah Hasbie (Sandakan/Ke-10).

Nur Izz Zayani (kanan) ketika memulakan pertarungan di pusingan akhir
Bagi Kategori lelaki, peserta yang mewakili Kota Kinabalu iaitu adik Muhammad Yusuf Syafi Yusrizan muncul johan. Tempat Kedua, Alif Amjad Kahimin (Ranau), Ilham Hakimi Razalie (Sandakan/Ketiga), Jason Warren Likoh (Penampang/Ke-4), Mohammad Razihan Mohd Yun (Tuaran/Ke-5) Mohamad Syazwan Shah Nordin (Sandakan/Ke-6), Azrian Aim (Telupid/Ke-7), Afzan Wafi Sahaidainadin (Keningau/Ke-8), Mushaddaq Idzhan Mohd Rafi (Kota Marudu/Ke-9) dan Abdul Wahid Putra Norzali (Lahad Datu/Ke-10).
Hadiah para pemenang telah disampaikan oleh perasmi, Mudin Beting, Timbalan Pengarah, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Merangkap Timbalan Yang Dipertua Majlis Sukan Sekolah Sabah.
Menurut Ketua Rombongan Ranau, Zulhimat Taip, sebanyak 24 daerah iaitu 116 peserta perempuan dan 118 peserta lelaki telah menyertai kejohanan tersebut. Kedudukan di tempat pertama hingga ke-4 akan mewakili Sabah ke Kejohanan Catur Peringkat Kebangsaan yang dijangka akan diadakan dalam bulan September ini berpusat di Sabah.