28 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Ramadan setahun sekali membawa berbagai-bagai keberakatan, kerahmatan

Haji Samin (dua dari kiri)menyampaikan sumbangan sejadah kepada Haji Yazid.

KENINGAU:Bulan Ramadan adalah bulan yang mulia lagi barakah, bulan utama dari bulan-bulan yang lain bagi umat Islam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, di bulan Ramadhan bukan sahaja diuji menahan lapar dan dahaga tetapi mengajar umat Islam erti kesabaran dalam apa jua ujian.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, diawal Ramadhan disediakan kerahmatan, ditengahnya pengampunan dan akhirnya dibebaskan dari api neraka” katanya semasa berucap pada majlis berbuka puasa bersama Majlis Dakwah Negara Dan JHEAINS Keningau di Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor pada Selasa.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Ketua Biro Agama DUN N.40 Bingkor merangkap Pengerusi Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor, Haji Yazid Haji Mohd Jasnan tawik @ Charles.

“Ramadan yang datang setahun sekali membawa berbagai-bagai keberakatan dan kerahmatan dari Allah S.W.T sesungguhnya para muslimin muslimat yang ikhlas kepada Allah S.W.T akan berasa sangat gembira dengan kedatangan yang mulia lagi barakah ” katanya.

Ini katanya, kerana pada bulan ini umat Islam berpeluang untuk melaksanakan berbagai-bagai amal ibadat yang sunat dan fardhu dengan menghayati semaksima mungkin bagi mengumpulkan pahala yang berlipat ganda.

“Dibahagian  kepimpinan kami berusaha mencurahkan segala tenaga, masa dan wang ringgit untuk masyarakat khususnya orang Islam yang melaksanakan ibadah puasa dibulan ramadhan ini. Apa yang pasti segalanya akan dibalas dengan ganjaran yang hebat yang merupakan saham di akhirat kelak” ujarnya.

Justeru itu jelasnya, gunakanlah peluang yang ada ini untuk meningkatkan amalan seperti bertadarus, bersedakah, qiyamullail dan sebagainya.

“Amatlah rugi sekiranya Ramadhan yang mempunyai banyak kelebihan kita sia-siakan dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah” tambahnya.

Pada majlis itu, Majlis Dakwah Negara menyampaikan sumbangan dia gulung  sejadah dan 30 buah Al Quran yang disampaikan oleh Pesuruhjaya Majlis Dakwah Negara Cawangan Sabah Haji Samin Haji Ongki.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN