Menyelami masalah rakyat…..Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin (depan) bersama rombongan meredah melalui jalan kebun kerana meninjau permasalahan penduduk Kampung Sodowon Bunga Raya dalam kawasan DUN Bingkor.
Menurut Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya, pada setiap hujung minggu beliau akan melawat kawasan untuk melihat dan merasa sendiri masalah yang dihadapi oleh rakyat.