Oleh: Jainuddin Nasir
RANAU: Ramai penduduk daerah ini menyarankan kerajaan agar bantuan kepada rakyat bukan hanya khusus kepada mereka yang berdaftar dengan e-Kasih sahaja.
“Tidak berapa tepat jika hanya mereka yang terdaftar dengan e-Kasih sahaja yang menerima bantuan kerajaan, sedangkan semua rakyat termasuk mereka yang tinggal di kawasan pedalamanpun turut terlibat dengan keadaan yang membimbangkan berikutan penularan Covid-19”,jelas salah seorang penduduk Kg.Napong 1 Ranau, Oride Bin Rudin (gambar)
Menurutnya, rakyat adalah terlibat mematuhi arahan kerajaan agar ‘Stay At Home’ (diam di rumah) sepanjang PKP yang dijangka berakhir 14 April.
“Berikutan dengan arahan itu rakyat harus menurut Perintah Kawalan Pergerakan’ sebagai langkah menghindarkan jangkitan penularan Coronavirus tersebut”,jelas Oride.
Beliau turut mengajak penduduk supaya akur dengan arahan tersebut (PKP) demi kebaikan semua pihak.
Beliau turut memuji keprihatinan Timbalan Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang juga Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin dan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Paginatan, Datuk Abidin Madingkir kerana turut Turun Padang menemui rakyat akar umbi di Ranau dan Kundasang sambil menghulurkn bantuan berupa keperluan dapur dan peralatan lain seperti penutup mulut dan hidung (mask) serta bahan pembasuh tangan bagi mengelakan daripada jangkitan virus Corona. –TAMAT