27 C
Kota Kinabalu
Sabtu, April 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PVKMS SERTAI PAMERAN PESTA REGATTA LEPA 2022

TERIMA KASIH…Abd.Masik (tiga kiri) menyampaikan cenderamata kepada Datuk Jafry diperhatikan yang lain.

SEMPORNA : Persatuan Veteran Komando Malaysia Sabah (PVKMS) melalui Jabatan Pertanian Semporna selaku Penyalaras Pameran Agensi Kerajaan tunjukkan kebolehan dan iniaiatif tersendiri untuk menyertai Pameran Pesta Regatta Lepa Kali Ke-29. Berlangsung pada 15 hingga 17 Julai 2022 di Dataran Regatta Lepa, Semporna.

Program bermula pada jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam itu, membabitkan penyertaan lebih 24 dl jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat daripada pelbagai sektor dengan banyak maklumat tawaran kerjaya dan peluang keusahawanan.

Semasa pameran yang diadakan PVKMS, telah dikunjungi, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jefry Bin Ariffin bersama para kenamaan yang lain.

Anggota Rej.516 Askar Wataniah dan Affin Bank merakam gambar kenangan semasa di Booth PVKMS

Pengerusi PVKMS, Abd.Masik Bin Kabbul telah menyampaikan taklimat Misi dan Visi Persatuan Komando merintis kesejahteraan veteran komando iaitu “Ready for Welfare”.

Sepanjang program berlangsung “Booth” pameran PVKMS sentiasa dikunjungi orang ramai yang ingin bertanya dan mendapatkan maklumat serta aktiviti persatuan.

PVKMS berharap dengan taklimat dan penerangan yang diberikan akan membantu kepada masyarakat mengetahui lebih dekat lagi erti perjuangan dan pengorbanan pasukan keselamatan yang tidak pernah berhenti mempertahankan kedaulatan tanahair.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN