30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pusat Kuarantin Covid-19 IPG Kampus Keningau dapat perhatian ADUN Bingkor

Robert (tengah)dan rombongan bergambar bersama Dr. Kevin (tiga dari kiri) selepas penyerahan sumbangan itu.

KENINGAU: Pusat Kuarantin Sementara Covid-19 Daerah ini di IPG Kampus Keningau mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk  Robert Tawik @ Nordin.

Sehubungan dengan itu Robert yang juga Pembantu Menteri kerja Raya Negeri Sabah menyumbangkan air minuman sebanyak 200 kotak di pusat kuarantin itu.

Sumbangan itu diterima oleh Pegawai Kesihatan di pusat itu Dr Kevin Isaac Joseph.

Robert berkata, sumbangan air minuman itu adalah untuk kegunaan mereka yang dikuarantin dan petugas barisan hadapan di pusat kuarantin berkenaan.

Turut serta Pemimpin Pembangunan Masyarakat Bingkor Junior Fred, Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) Bingkor Tinus Mahip  dan Pegawai Pembangunan  Parlimen P. 180 Keningau  Johari Pongod.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN