30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pulau Larai-Larai ekopelancongan Kampung Bebuloh Laut

MENARIK….. sekumpulan wartawan bersama Dr Fary bergambar kenangan di Pulau Larai-Larai  yang turut dikenali sebagai Batu Layar Layar

LABUAN: Pulau Larai-Larai  yang turut dikenali sebagai Batu Layar-Layar bakal merubah kampung  Bebuloh Laut daripada sebuah perkampungan nelayan kepada  kampung ekopelancongan  sekaligus melonjakkan ekonomi penduduk kampung berkenaan.

Ini kerana, Pulau Larai-Larai yang selama ini hanya dianggap sebagai lubuk ikan bagi nelayan  di sini  bagaikan sebuah permata tersembunyi yang  mempunyai keindahan  dan  keunikan  sebagai salah satu tarikan pelancong baharu yang perlu diketengahkan dan dipertontonkan kepada dunia luar.

Keunikan Pulau Larai-Larai   terungkai apabila pihak Perbadanan Labuan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Fary Akmal   Osman membawa sekumpulan pasukan media tempatan untuk melihat sendiri akan keindahan dan keunikan  Pulau Larai-Larai  yang berukuran dua kali  padang bola.

RAKAM… seorang wartawan klelihatan sedang merakan gambar batu larai larai yang terdapat di pulauyang masih mesteri itu. 

Dr Fary  berkata, pulau yang belum terusik itu boleh menjadi pesaing kepada produk ekopelancongan Selangor iaitu Sky Mirrow Kuala Selangor yang mempunyai ciri ciri hampir sama.

Jelas beliau, pulau Larai Larai  yang mengambil masa 15 minit perjalanan mengunakan bot dari jeti Kampung Bebuloh hanya akan  dapat dilihat apabila berlakunya  fenomena  air laut surut yang akan  menyaksikan  pemandangan  unik dan mengkagumkan kepada pengunjung yang menjejakkan kaki ke  pulau misteri itu.

Keunikan   yang terdapat di Pulau Larai-Larai ini  sudah pasti menjadi  kegilaan kepada  jurugambar untuk menghasilkan gambar yang menajubkan dan kreatif.

“Menyerdari akan potensi yang begitu besar, Perbadanan Labuan merancang untuk menjadikan Pulau Larai-Larai atau Batu Layar Layar ini sebagai sebahagian daripada produk pelancongan baharu yang bertemakan ‘Rarecation Labuan 2021.

“Perbadanan akan memastikan Pulau Larai-Larai  ini akan dimasukan dalam pakej pelancongan pada tahun depan” katanya

Jelas Dr. Fary Perbadanan Labuan juga  akan  mennbangunkan Kampung Bebuloh Laut  dengan menyediakan infrastruktur  seperti pembinaan jeti untuk membawa pelancong ke pulau tersebut dan kemudahan lain yang diperlukan untuk merealisasikkan Pulau Larai Larai menjadi  tarikan kepada pelancongan.

Beliu berkata, sudah tiba masanya untuk menghidupkan kembali sektor pelancongan Labuan yang terjejas  teruk akibat pandemik COVID 19.



ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN