33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Proses vaksinasi Labuan perlu disegerakan-Rozman

Oleh: Jainudin Djimin

LABUAN:  Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan  Labuan, Datuk Rozman Isli  (gambar) berkata proses vaksinasi di Labuan perlu di segerakan dalam keadaan Labuan sudah merekodkan kadar jangkitan yang terlalu tinggi d banding dengan negeri-negeri lain selama beberapa minggu ini.

Menurutmya, beliau telah berhubung dengan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaludin dan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Anuar Musa bagi membantu permohonan yang sudah dibuat oleh Jabatan Kesihatan Negeri  Wilayah Persekutuan Labuan (JKNWPL) mengenai penghantaran vaksin yang perlu disegerakan ke Labuan.

Sehungungan itu katanya, Khairy telah  bersetuju untuk membekalkan vaksin sebanyak 100,000 dos yang  akan di hantar ke Labuan bermula dengan 30,000 dos dalam minggu ini.

“ Pada masa yang sama Khairy juga menjelaskan akan menghantar satu team taskforce untuk membantu pasukan sedia ada di Labuan bagi memastikan vaksin tersebut dapat dilaksanakan secepat mungkin” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rozman  turut meluahkan rasa kerisauan apabila berlakunya pembelian panik di beberapa pasar raya yang menyebabkan kesesakan apabila kerajaan akan melaksanakan ‘Lockdown’ Bersasar  selama dua minggu bermula esok (15 Jun) di lapan lokaliti  di pulau ini.

 “Pembelian panik ini boleh  meningkatkan risiko dan kita bimbang   lonjakan baru jangkitan akan berlaku lagi selepas ini. Keadaan sudah mula melihatkan penurunan walaupun jangkitan masih tiga angka tetapi sebenarnya sudah menurun dari segi peratusan kes positif dibanding dengan jumlah ujian saringan  yang djalankan oleh Jabatan Kesihatan Labuan” katanya.

Tambahnya lagi, JKNWPL telah meningkatkan Ujian Saringan  daripada 800-1000 kepada 1500- 2000 sehari dan  sehingga kini sebanyak 30,000  ujian saringan telah dilakukan.

Rozman juga menzahirkan rasa risau  mengenai kekurangan bekalan makanan  dan keperluan harian  yang sebahagian besarnya datang  dari tanah besar Sabah menghadapi kesukaran akibat  kawalan ketat rentas negeri yang memberi kesan kepada pengangkutan lori yang membawa barangan tersebut ke Labuan.

Selain itu, Rozman juga meminta kepada  agensi yang berkaitan  memantau  kenaikan harga barang yang dilaporkan tidak berpatutan sehingga membebankan pengguna.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN