29 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Proses vakinasi di PPV KKIA Ranau, berjalan lancar

PPV di KKIA Ranau.

RANAU: Proses pemberian vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Ibu dan Anak ( KKIA) di sini,  yang bermula 1 November lepas berjalan lancar dan teratur.

PPV di KKIA daerah Ranau itu diadakan sebagai lanjutan selepas PPV Dewan Masyarakat daerah yang berakhir 31 Oktober.

Pegawai Perubatan Jabatan Kesihatan daerah yang juga Ketua Penyelaras PPV KKIA, Dr.Ominor Kalsum Binti Brahim memberitahu,  seramai 38 orang hadir menerima suntikan dos kedua pada 1November dan 32 orang  hadir pada 2 Nobember.

“Ramai juga yang hadir menerima suntikan Penggalak (Booster) dan pemberian dos suntikan berjalan dengan baik”, jelas Dr.Ominor ketika ditemui.

Beliau menyeru kepada mereka khususnya  yang belum divaksinasi supaya hadir ke KKIA Ranau untuk kendapatkan suntikan sebagai benteng diri, keluarga dan komuniti daripada jangkitan Covid-19 yang kini belum berakhir.

“Setiap individu adalah berhak dan punyai tanggungjawab untuk milindungi diri sendiri, keluarga dan komuniti daripada penularan Covid-19 ‘Lindung Diri, Lindung Semua”, tambahnya.

              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN