31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Proses Penamaan Calon Parlimen Ranau berjalan lancar

Dari kiri – Jonathan, Azizul, Ewon, Taufik dan Markos

RANAU: Proses Penamaan Calon  Parlimen P.179 di Dewan Masyarakat Ranau, pagi tadi telah berjalan lancar dan teratur mematuhi peraturan yang ditetapkan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Penamaan Calon itu menyaksikan pertemuan 5 Penjuru calon yang bertanding iaitu, Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang mempertahankan jawatannya sebagai Ahli Parlimen P.179 Ranau, yang juga mantan Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin berhadapan dengan empat calon lain yakni, Datuk Dr.Ewon Ebin (BN-PBRS), Thaufek Dahlan (PKR), Azizul (PEJUANG), Markus Situn (Warisan).

Datuk Jonathan telah diiringi lebih seribu  penyokongnya berarak dari perkarangan Pentas Budaya pekan Ranau, sehingga ke luar pagar Pusat Penamaan Calon pada kira-kira jam 9.18 pagi, disusuli calon-calon yang lain.

Sementara itu, tinjauan penulis di luar pagar masuk dewan penamaan calon, mendapati beberapa Pengundi Muda menyatakan keyakinan mereka kepada calon GRS akan memenangi pada PRU-15 Parlimen Ranau, memandangkan Datuk Jonathan adalah pilihan mereka yang mereka nilai keperibadiannya  adalah yang terbaik, seorang ‘Pejuang Rakyat dan ‘Prihatin Rakyat’ banyak membantu lapisan rakyat tanpa mengira usia, kaum, agama dan idologi politik.

“Pemimpin macam Datuk Jonathanlah yang  kita cari telah banyak merobik kemunduran rakyat Parlimen P.179 Ranau”, jelas beberapa pengundi baharu(18 tahun) yang sempat ditemui.

Seorang pengundi baru itu, Cik Catty John 18 dari Kg. KoTabiau pelajar dari  Collage Asia Kota  Kinabalu menyatakan sokongannya terhadap calon GRS, Datuk Jonathan kerana berinisiatif membiayai kos rawatan hospital kepada para pesakit (warga Ranau) yang memohon rawatan ke hospital kerajaan.

Menurutnya rakyat Ranau sepatutnya berbangga kerana ada pemimpin yang amat prihatin dengan keperluan rakyat termasuk membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU), Warga Emas, Ibu Tunggal, Anak Yatim, Pesakit Telantar dan banyak lagi.

“Belum ada pemimpin yang membantu keluarga yang tidak berkemampuan  membeli keranda untuk yang meninggal dunia, selain Datuk Jonathan dan sanggup bersama penduduk sehingga ke tanah perkuburan untuk upacara pengkebumian”, tegas seorang  lagi pengundi baru Cik Ester John 18,  juga dari Kg.Tambiau pelajar dari  Universiti Malaysia (UMS).

Proses Penamaan Calon berakhir dengan pengumuman rasmi Calon-Calon bertanding oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya P.179 Ranau, Jumain Bin Abdul Ghani (Pegawai Daerah Ranau).

               

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN