25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 12, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Projek PPRT RM46 juta di Paitan tidak lama lagi: James

James ketika ditemui media pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri, di Botition, pada Isnin


PAITAN: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib berkata, pembangunan Bandar Pintar di daerah itu kini berkembang pesat terutama berkaitan Projek Perumahan Pembangunan Komuniti.

“Bagi Projek Perumahan Pembangunan Masyarakat, kerajaan telah membina 200 buah rumah PPRT bernilai RM46 juta. Pembangunan ini turut melibatkan pelbagai kemudahan seperti dewan dan sebagainya.

“Pembinaan ini sedang dijalankan di atas tanah seluas 30 ekar. Setelah siap ia akan memberi manfaat kepada golongan Miskin, Miskin Tegardan layak B40. PPK ini juga akan dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur seperti masjid dan taman permainan.

“Begitu juga dengan pembinaan kompleks sukan mini yang sedang dibina. Dan beberapa bangunan seperti KDCA House of Paitan juga sedang dibina di Paitan ketika ini,” katanya.

Tambahnya, kini agensi kerajaan juga sudah mula memasuki Paitan di mana mereka telah pun mencari tapak seperti Jabatan Kebajikan, Jabatan Kesihatan dan lain-lain.

Menurut James, dijangka dalam tempoh dua tahun wajah baharu Paitan akan mula muncul apabila kebanyakan projek sudah mula disiapkan satu persatu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media sempena majlis Rumah Terbuka Hari Raya di rumah Adun Sugut, bertempat di Pekan Botition, Paitan pada Isnin yang dihadiri lebih 3,000 orang dari sekitar kawasan itu.

“Majlis ini dihadiri oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. Turut memeriahkan majlis adalah semua ketua masyarakat dari pelbagai kawasan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir hari ini termasuk kakitangan dan pegawai kerajaan, wakil rakyat, Pegawai Daerah dan lain-lain.

“Selain menyediakan pelbagai juadah dan hiburan untuk pengunjung pada majlis itu, saya turut memberikan bantuan duit raya kepada mereka yang memerlukan termasuklah golongan asnaf fan kanak-kanak,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN