33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Program ‘Walk About’ Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan

TINJAU…. Bashir ketika meninjau kemudahan   lift  Bangunan UTC  yang tidak berfungsi sambil diperhatikan oleh Fadzilah  (tiga dari kiri), Raynie (dua kiri) dan Haji Hamir

LABUAN Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan (AMPL)  pada Jumaat turun padang menerusi “Program Walk About” bagi melihat secara langsung  mengenai keadaan fizikal   bangunan dan kemudahan awam  yang bermasalah untuk diambil tindakan segera oleh Pihak Berkuasa Tempatan (Perbadanan Labuan).

Program yang bersifat ‘Adhov Visit’ itu  di ketuai oleh Pengerusinya Senator Datuk Bashir Alias.

Lokasi yang menjadi sasaran dalam program tersebut ialah  Pasar Sentral, Bangunan Pusat Tranfirmasi Bandar (UTC) dan Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan.

Turut sama dalam tinjuan itu  ialah  Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Fadzilah Mahmud,  Timbalan Pengerusi Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Haji Hamir Zahari, serta dua lagi Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan Raynie Datuk Mohd Din dan Gani Yunus.

Bashir ketika ditemui media berkata, lawatan itu  bukan sahaja untuk menilai dan melihat sendiri keadaan fasaliti Pasar Sentral dan bangunan UTC, tetapi juga dapat berinteraksi  dan beramah mesra bersama komuniti peniaga di Pasar Sentral.

BINCANG…. Bashir bersama Ahli Majlis Penasihat PL berbincang sesuatu ketika meninjau Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan

“Rata-rata mereka yang ditemui khususnya peniaga di tingkat satu UTC mengeluh kerana pendapatan perniagaan mereka  merundum sehingga sukar untuk membayar sewa  kerana ketiadaan pelanggan disebabkan  pendamik COVID 19  dan juga  kaedah pelaksanaan  SOP yang  agak ketat. Perkara   ini akan kita bawa ke pihak pengurusan Perbadanan Labuan supaya diberi kelonggaran khususnya dalam isu pembayaran sewa premis.

 “Disamping itu  kami  dapati terdapat beberapa fasiliti di bangunan tersebut mengalami kerosakan yang perlu  diambil tindakan segara oleh Perbadanan Labuan” katanya.

Bashir yang juga Alhi Dewan Negara berkata, pihaknya akan terus melaksanakan program ini untuk  memastikan setiap kemudahan awam  sama ada milik   Perbadanan Labuan mahupun agensi kerajaan  yang lain  dapat dikawal selia dengan baik

“Ini termasuklah   isu isu berkaitan masalah banjir dan tanah runtuh yang sering menjadi masalah kepada penduduk di pulau ini” katanya.

Menyentuh mengenai peruntukan perbelanjaan mengurus  yang disalurkan kepada Perbadanan Labuan telah dikecilkan, beliau menjelaskan Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan akan  mengangkat  perkara ini ke pihak atasan, supaya peruntukan yang  telah diluluskan dapat disalurkan sepenuhnya.

Difahamkan pada tahun lalu, Kementerian Wilayah Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta, namun peruntukan tersebut telah dikecilkan jumlahnya menyebabkan Perbadanan Labuan menghadapi kesukaran  untuk menyelangara fasiliti  sedia ada.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN