Program “Touchpoint” Suruhanjaya Tenaga Pantai Barat Sabah amat bermakna: Robert Tawik

Home Tempatan Program “Touchpoint” Suruhanjaya Tenaga Pantai Barat Sabah amat bermakna: Robert Tawik
Program “Touchpoint” Suruhanjaya Tenaga Pantai Barat Sabah amat bermakna: Robert Tawik

Robert bersama rombongan mengabadikan gambar di Lauzarine Binti Perimus di Kampung Umpason.

KENINGAU:Suruhanjaya Tenaga Pantai Barat Sabah telah melaksanakan program “Touchpoint” baik pulih sistem pendawaian elektrik di beberapa buah rumah penduduk termasuk dua buah Tabika Kemas di kawasan Bingkor.

Sehubungan dengan ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Bingkor Datuk  Robert Tawik @ Nordin melakukan lawatan ke beberapa buah rumah penduduk dan dua buah Tabika Kemas di sekitar kawasan N.40 Bingkor bagi melihat kerja-kerja baik pulih sistem pendawaian elektrik yang telah siap dilaksanakan dalam program kebajikan ini.

Antara rumah penduduk yang sempat dilawati adalah rumah Cik Lauzarin Perimus di Kampung Umpason, rumah Puan Theresa Abuti di Kampung  Nuntunan, rumah Encik Saidi Taroi di Kampung Bingkor Baru dan rumah Puan Soniang Binti Balua di Kampung Tuntumulud.

Manakala dua Tabika Kemas masing-masing di Kampung Tuntumulud dan di Kampung Melidang, Bunga Raya.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, program seumpama ini amat bermakna kepada penduduk kerana bukan sahaja menerima khidmat penyelenggaraan sistem pendawaian elektrik, tetapi juga mendapat khidmat nasihat berkenaan cara penggunaan elektrik dengan cara yang betul.

Katanya, antara kerja yang dilaksanakan dalam program ini adalah penggantian lampu rosak, penambahan unit soket, penggantian braker yang mengalami kerosakan, sedikit pendawaian dan pemberian set kipas meja.

Turut serta dalam lawatan ini, Pengarah Suruhanjaya Tenaga kawasan Pantai Barat, Tuan Jeffrey Nuri, Penolong Pengarah Suruhanjaya, Tenaga Ungku Afizan, PPM N.40 Bingkor Junior Fred, CDO N.40 Bingkor Tinus Majip, Pemaju Mukim Apin-Apin Dennis Juakim  Pemaju Mukim Bingkor George Dairie, Pemaju Mukim Tuarid Bandar Rahman Bidin, Kakitangan Pejabat ADUN N.40 Bingkor, Ketua Wiranita STAR Sabah N.40 Bingkor, Puan Jennifer Epil dan Pegawai Pusat Khidmat P180 Keningau, Encik Jesariah Charles Kimin.

Turut bersama sepanjang lawatan  adalah kontraktor pelaksana yang dilantik oleh Suruhanjaya Tenaga bagi menjayakan program Touch Point di kawasan DUN N.40 Bingkor.