29 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 4, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Program sosial berfaedah terus dapat sokongan, bantuan

Datuk Jonathan  ketika berucap pada majlis santai di Kg.Tinatasan.

RANAU: Aktiviti-aktiviti positif persatuan, Kelab, Ngo dan belia di Daerah Ranau akan terus dibantu bagi membolehkan program-program sosial yang membawa faedah kepada masyarakat setempat.

Timbalan Menteri II Kementerian Dalam Negeri Yb Datuk Jonathan Yasin berkata demikian dlm majlis santai ketika menyampaikan sumbangan dana untuk aktiviti persatuan Motorcross Sarayo di Kg.Torolobou Ranau baru-baru ini.

Menyentuh program itu Datuk Jonathan yang juga  Ahli Parlimen Ranau, memuji Jawatankuasa penganjurnya kerana  mengelola dengan jayanya sekaligus mampu menyatu-padukan para belia dan penduduk setempat.

“Kepada penduduk di sini, diharapkan agar memanfaatkan Pusat Komuniti sebagai pusat menganjurkan aktiviti faedah kepada komuniti terutama dalam aspek meningkatkan tahap ekonomi keluarga.

Jonathan turut menyampaikan sumbangan cek bernilai RM10 ribu untuk program Motocross dan RM30 ribu lagi untuk Pusat Komuniti Kampung.

Turut berucap ialah, Pengerusi JPKK Kg.Torolobou, Sajili Bin Sohibin, dihadiri Presiden Persatuan Motocross Kg.Torolobou Sarayo, Haminin Bin Manjun bersama puluhan penduduk setempat.

Sementara itu, dalam majlis yang berasingan, Datuk Jonathan turut meluluskan peruntukan berjumlah RM10 ribu untuk pembangunan belia dan RM5 ribu lagi untuk kelangkapan Balai Raya di Kg.Tinatasan Ranau.

Jonathan juga sempat berkunjung santai ke Kg.Ratau dan meluluskan peruntukan berjumlah RM7 ribu untuk pembaikan pagar Balai Raya, RM5 ribu pembaikan tandas SK.Ratau dan  RM1,230 untuk pembaikan Kelas Kafa Kg.Ratau dan RM5 ribu lagi diluluskan untuk pembaikan pagar Kg.Sosondoton yang turut dihadiri KK.Mudi Bin Tipoi mewakili penduduk.

Hadir dan berucap di Kg.Ratau ialah Pengerusi  JPKK, Kasmah Binti Abidin, dihadiri Ketua Kampung, KK.Jenius Bin Dapun.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN