Pengarah Jabatan Penyiaran… Aminah Samsudin Mohd.
LABUAN: Program Sinergi LABUANfm: Tranformasi Dirimu yang dianjurkan oleh LABUANfm mampu meningkatkan semangat dan keyakinan diri golongan remaja terutama dalam situasi negara dilanda COVID 19 dan budaya norma baharu.
Pengarah Jabatan Penyiaran Wilayah Persekutuan Labuan, Aminah Samsudin Mohd berkata, program itu juga diyakini dapat membimbing pelajar agar terus berfikiran positif dan menanam sikap cakna terhadap keadaan semasa walaupun terkesan dengan pandemik Covid-19.
“Selain itu, ia juga adalah peluang mempromosikan stesen LABUANfm dalam kalangan pendengar remaja melalui kemudahan-kemudahan terkini yang disediakan seperti RTMKlik, FB Labuanfm dan laman web rasmi www.labuanfm.gov.my serta siaran radio menerusi frekuensi 103.7mhz atau 89.4mhz” katanya ketika berucap pada program tersebut yang diadakan secara maya, pada Sabtu.

PESERTA….. sebahagian peserta yang menyertai Program Sinergi LABUANfm
Beliau juga berharap, program tersebut boleh memberi impak positif dan menjadi inspirasi kepada peserta dan membina generasi muda yang sentiasa bersemangat, kaya dengan nilai-nilai murni dan sikap terpuji dalam usaha mencapai kecemerlangan |akademik dan menjadi insan yang memberi manfaat kepada keluarga, masyarakat dan negara.
Seramai 100 orang pelajar yang meibatkan 10 buah sekolah menengah yang terdapat di sini menyertai program tersebut
Sementara itu pakar motivasi dan pengurusan yang juga Peguancara dan Peguambela Mahkamah Tingggi Malaysia, Datuk Dr Tengku Naufal Tengku Mansor menjadi tetamu jemputan untuk menyampaikan ceramah motivasi kepada 100 pelajar sekolah menengah yang menyertai program tersebut.